Tuesday, December 2, 2014

HARI SUKARELAWAN ANTARABANGSA

Pada setiap tahun telah diwartakan sebagai Hari Sukarelawan Antarabangsa (International Volunteer Day) menerusi resolusi 40/212 pada 17 Disember 1985 dalam Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menetap dan mengisytiharkan serta disambut pada 5 Disember setiap tahun.

SLAAS SKBP memiliki lebih kurang 280 orang sukarelawan yang berdaftar dengan RAS (Rakan Alam Sekitar) yang sentiasa bersedia membantu memastikan kelestarian alam.

Selamat Menyambut Hari Sukarelawan Antarabangsa 2015 pada 5 Disember ini.

Tuesday, September 23, 2014

TNB BERSAMA SKUAD PENCINTA ALAM

TNB Jengka telah bersama-sama Skuad Pencinta Alam menjayakan Program Alam Sekitar SK Bandar Pusat dengan membekal dan mengedar risalah berkaitan penjimatan tenaga elektrik.

 

Bersama-samalah kita menjimatkan tenaga.

RONDAAN SKUAD PENCINTA ALAM

Petang ini, 23 September 2014, Skuad Pencinta Alam mengedarkan risalah berkaitan Penjimatan Tenaga yang dibekalkan oleh TNB di samping risalah alam sekitar yang disediakan oleh Kelab Bumi Hijau dan Alam Sekitar SK Bandar Pusat.










Tahniah, Skuad Pencinta Alam

Wednesday, September 3, 2014

BERSEDIA MENERIMA PENILAI SKK

Kelab Bumi Hijau dan Alam Sekitar, SK Bandar Pusat telah bersedia menerima kunjungan Pasukan Penilai Sekolah Kluster Kecemerlangan yang telah meletakkan kelab ini sebagai satu kategori kebitaraan SKK SK Bandar Pusat.

Seluruh jentera SLAAS terutamanya JK Kelab Bumi Hijau dan Alam Sekitar telah mula bertungkus lumus mengemaskini sebaik mungkin persediaan terakhir sebelum penilaian.

Sebagai makluman, Kebitaraan kokurikulum adalah Kelab Bumi Hijau dan Alam Sekitar manakala Kebitaraan Akademik ialah Bahasa Melayu.

ETOS SK Bandar Pusat pula ialah Sekolah Bestari Alam.

Thursday, July 17, 2014

TERKINI KITAR SEMULA

Jumlah terkini Pertandingan Kitar Semula yang disertai oleh SK Bandar Pusat ialah

  • Mei - 604 kg
  • Jun - 550 kg
  • Julai - 270 kg (sehingga 16 Julai 2014)



Teruskan SLAAS SKBP

Wednesday, June 25, 2014

SKUAD PENCINTA ALAM

Skuad ini telah dilancarkan pada 21 Jun 2014, serentak dengan Briged Alam. Skuad ini akan bertanggungjawab sebagai agen pecinta alam yang berbasikal ke sekolah. Mereka merupakan agen SLAAS SKBP yang menghargai alam dari dicemari sisa-sisa karbon daripada ekzos-eksoz kenderaan.



Dalam pada itu, mereka diajar berdikari dan dapat menjimatkan perbelanjaan bahan api fosil iaitu petrolium. Mereka juga akan lebih sihat kerana berkayuh basikal ke sekolah dan pulang ke rumah.

Selain itu, skuad pecinta alam ini juga akan ditugaskan mengedar risalah berkaitan program Alam Sekitar SK Bandar Pusat.    

Pada tarikh berkenaan, semua murid yang berbasikal secara automatik dilantik sebagai Skuad Pecinta Alam dan dibekalkan stiker Skuad Pecinta Alam yang dipasang pada basikal masing-masing.

Thursday, June 19, 2014

BRIGED ALAM

JK SLAAS SK Bandar Pusat telah memutuskan untuk melancarkan program Briged Alam yang bakal menjadi penandaaras penguasaan ilmu pengetahuan berhubung kait dengan alam sekitar.

Sebagai permulaan, semua ahli Kelab Bumi Hijau dan Alam Sekitar akan dinilai untuk menerima penganugerahan sebagai Briged Alam 2014.

Wednesday, June 11, 2014

APA ITU EL NINO?

Sejak kebelakangan ini, kita sering didedahkan dengan maklumat tentang perubahan cuaca dan kaitannya dengan El Nino.

Sesungguhnya kita baru sahaja meraikan Hari Alam Sekitar Sedunia dan Hari Laut Sedunia yang turut menghambat kita menerobos maklumat tentang El Nino.

Cuba tinjau maklumat di link berikut berkaitan El Nino
1.  http://kids.earth.nasa.gov/archive/nino/intro.html
2.  http://en.wikipedia.org/wiki/El_Ni%C3%B1o
3.  http://ms.wikipedia.org/wiki/El_Nino
4.  http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/alam-sekitar/2972-perbezaan-antara-la-nina-dan-el-nino-.html

Dalam bahasa Sepanyol, El Nino yang bermaksud 'anak lelaki', sudah pasti mempunyai pasangannya 'anak perempuan' iaitu Al Nina.

MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ada mengeluarkan nasihat berhubung Fenomena El Nino ini. Klik link berikut untuk maklumat lanjut,
http://mynewshub.my/main/2014/05/19/mosti-keluarkan-nasihat-fenomena-el-nino/

Kini maklumat tentang El Nino telah diperolehi, apakah tindakan kita?

Tuesday, June 10, 2014

PPSPPA SASAR PAHANG BEBAS SAMPAH HARAM AKHIR BULAN INI

Merujuk kepada beberapa akhbar harian pada 9 Jun 2014, PPSPPA Pahang telah mensasarkan pada akhir bulan ini Pahang akan bebas daripada sampah haram.

Sila rujuk sumber berikut untuk maklumat lanjut:
http://www.theborneopost.com/2014/06/09/ppsppa-sasar-pahang-bebas-sampah-haram-akhir-bulan-ini/

Friday, June 6, 2014

8 JUN : HARI LAUT SEDUNIA

Tahukah anda bahawa pada 8 Jun setiap tahun merupakan HARI LAUT SEDUNIA.


SELAMAT MENYAMBUT HARI LAUT SEDUNIA.
SAYANGI DAN HARGAI LAUT KITA.

SKBP Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar

Jom rujuk, Hari Laut Sedunia melalui
Blog Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang di link berikut :





Thursday, June 5, 2014

SELAMAT MENYAMBUT HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2014

SK Bandar Pusat tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan Selamat Hari Alam Sekitar Sedunia 2014 yang disambut pada setiap 5 Jun. Pada tahun ini, sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia bertemakan Raise Your Vioce , Not the Sea Level.

Kepada yang berhajat untuk menyertai Rakan Alam Sekitar (RAS) boleh melengkapkan borang secara online dengan carian Rakan Alam Sekitar atau klik link berikut  http://ras.doe.gov.my/borang/pendaftaran_add.php

Keahlian RAS bagi SK Bandar Pusat telah dilaksanakan semasa Jejak Rakan Alam Sekitar 2013 yang lepas dengan keahlian lebih kurang 200 orang. (Maklumat tepat tidak diperolehi kerana RAS terus menghubungi ahli di alamat masing-masing).

SELAMAT MENYAMBUT HARI ALAM SEKITAR

Wednesday, June 4, 2014

HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA


        Hari Alam Sekitar Sedunia, World Environment Day (WED) disambut setiap tahun pada 5 Jun bagi meningkatkan kesedaran global mengenai keperluan dengan mengambil tindakan alam sekitar yang positif. Program ini di bawah kendalian Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) menerusi Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Alam Sekitar Manusia yang bermula 5-16 Jun 1972. Penubuhkannya oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun tersebut.

        Hari Alam Sekitar Dunia pertama adalah pada tahun 1973. Hari Alam Sekitar Sedunia dihoskan setiap tahun oleh bandar yang berbeza dengan tema yang berbeza dan diperingati dengan pameran antarabangsa pada 5 Jun. Hari Alam Sekitar Sedunia diadakan pada musim bunga di Hemisfera Utara dan musim luruh di Hemisfera Selatan.

       World Environment Day is designed to:
  • give a human face to environmental issues;
  • empower people to become active agents of sustainable and equitable development;
  • promote an understanding that communities are pivotal to changing attitudes towards environmental issues; and
  • advocate partnership which will ensure all nations and peoples enjoy a safer and more prosperous future.
       On World Environment Day, heads of State, Prime Ministers and Ministers of Environment deliver statements and commit themselves to care for the Earth. Pledges are made which lead to the establishment of permanent governmental structures dealing with environmental management. It also provides an opportunity to sign or ratify international environmental conventions.
But World Environment Day also is a people's event.

       People around the globe celebrate with colorful activities such as street rallies, city-wide walks, scientific forums, bicycle parades, green concerts, essays and poster competitions in schools, tree plantings, as well as recycling and clean-up campaigns.

Tahukah anda tema-tema Hari Alam Sekitar Sedunia dan tempat sambutannya?


1974

Only one Earth
1975
Human Settlements
1976
Water: Vital Resource for Life
1977
Ozone Layer Environmental Concern; Lands Loss and Soil Degradation
1978
Development Without Destruction
1979
Only One Future for Our Children - Development Without Destruction
1980
A New Challenge for the New Decade: Development Without Destruction
1981
Ground Water; Toxic Chemicals in Human Food Chains
1982
Ten Years After Stockholm (Renewal of Environmental Concerns)
1983
Managing and Disposing Hazardous Waste: Acid Rain and Energy
1984
Desertification
1985
Youth: Population and the Environment
1986
A Tree for Peace
1987
Environment and Shelter: More Than A Roof
Nairobi, Kenya
1988
When People Put the Environment First, Development Will Last
Bangkok, Thailand
1989
Global Warming; Global Warning
Brussels, Belgium
1990
Children and the Environment
Mexico City, Mexico
1991
Climate Change. Need for Global Partnership
Stockholm, Sweden
1992
Only One Earth, Care and Share
Rio de Janeiro, Brazil
1993
Poverty and the Environment - Breaking the Vicious Circle
Beijing, People's Republic of China
1994
One Earth One Family
London, United Kingdom
1995
We the Peoples: United for the Global Environment
Pretoria, South Africa
1996
Our Earth, Our Habitat, Our Home
Istanbul, Turkey
1997
For Life on Earth
Seoul, Republic of Korea
1998
For Life on Earth - Save Our Seas
Moscow, Russian Federation
1999
Our Earth - Our Future - Just Save It!
Tokyo, Japan
2000
The Environment Millennium - Time to Act
Adelaide, Australia
2001
Connect with the World Wide Web of Life
Torino, Italy and Havana, Cuba
2002
Give Earth a Chance
Shenzhen, People's Republic of China
2003
Water – Two Billion People are Dying for It!
Beirut, Lebanon
2004
Wanted! Seas and Oceans – Dead or Alive?
Barcelona, Spain
2005
Green Cities – Plan for the Planet!
San Francisco, United States
2006
Deserts and Desertification - Don't Desert Drylands!
Algiers, Algeria
2007
Melting Ice – a Hot Topic?
Troms, Norway
2008
Kick The Habit - Towards A Low Carbon Economy
Wellington, New Zealand
2009
Your Planet Needs You - UNite to Combat Climate Change
Mexico City, Mexico
2010
Many Species. One Planet. One Future
Kigali, Rwanda
2011
Forests:Nature at your Service
New Delhi, India

2013 - Fikir, Makan, Jimat
2007 - Ais Yang Mencair - Topik Hangat?
2006 - Gurun dan Penggurunan
2005 – Bandar Hijau – Merancang untuk Planet ini!
2004 – Dikehendaki! Laut dan Lautan – Mati atau Hidup?
2003 – Air – Dua Bilion Orang sedang Mati untuknya!
2002 - Bagi Bumi Satu Peluang
2001 - Berhubung dengan World Wide Web Kehidupan
2000 - Milenium Alam Sekitar - Masa untuk Bertindak
1999 - Bumi Kita - Masa Depan Kita - Terus Selamatkannya!
1998 - Untuk Hidupan di Bumi - Selamatkan Laut Kita
1997 - Untuk Hidupan di Bumi
1996 - Bumi Kita, Habitat Kita, Rumah Kita
1995 - Kita Manusia: Bersatu untuk Persekitaran Sejagat
1994 - Satu Bumi Satu Keluarga
1993 - Kemiskinan dan Alam Sekitar - Memutuskan Kitaran Kejam
1992 - Hanya Satu Bumi, Pelihara dan Kongsi
1991 - Perubahan Iklim. Keperluan Perkongsian Sejagat
1990 - Kanak-Kanak dan Alam Sekitar
1989 - Pemanasan Sejagat; Pemanasan Sejagat
1988 - Apabila Manusia Mementingkan Persekitaran, Pembangunan akan Berkekalan
1987 - Persekitaran dan Tempat Berlindung: Lebih Dari Sekadar Atap
1986 - Pokok Untuk Kedamaian
1985 - Pemuda: Populasi dan Persekitaran
1984 - Penggurunan (Desertification)
1983 - Mengurus dan Melupuskan Buangan Merbahaya: Hujan Asid dan Tenaga
1982 - Sepuluh Tahun Selepas Stockholm (Pembaharuan Kebimbangan Persekitaran)
1981 - Air Tanah; Bahan Kimia Toksik dalam Rantai Makanan Manusia
1980 - Cabaran Baru untuk Dekad Baru: Pembangunan Tanpa Pemusnahan
1979 - Cuma Satu Masa Depan untuk Anak Kita - Pembangunan Tanpa Pemusnahan
1978 - Pembangunan Tanpa Pemusnahan
1977 - Kebimbangan Persekitaran Lapisan Ozon; Kehilangan Daratan dan Penyahgredan Tanah
1976 - Air: Sumber Penting untuk Kehidupan
1975 - Petempatan Manusia
1974 - Cuma Satu Bumi

Anda mungkin boleh dapatkan info menerusi kunjungan ke facebook Rakan Alam Sekitar di link berikut : https://ms-my.facebook.com/pages/Rakan-Alam-Sekitar/127323927311254

Sumber pencarian dan internet.

Tuesday, May 27, 2014

PENGUMPULAN BAHAN KITAR SEMULA BULAN MEI

Pengumpulan bahan kitar semula bagi bulan Mei 2014 telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Mei 2014 hari Rabu di Foyer Tun Abdul Razak dengan jumlah berat terkumpul melebihi 530kg.

Program ini telah berjaya melibatkan semua murid Tahap 2 SK Bandar Pusat dan menjadi harapan agar peningkatan jumlah pengumpulan pada bulan-bulan berikutnya. Insya Allah.

Ikuti foto aktiviti dipautan berikut : http://foto-skbandarpusat-jengka.blogspot.com/2014/05/21-mei-2014-kitar-semula-sesi-mei.html

Wednesday, May 7, 2014

PERTANDINGAN KITAR SEMULA 2014

SK Bandar Pusat tidak mahu ketinggalan menyertai Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan yang bermula 1 April hingga 31 Oktober 2014.


Sehubungan itu, semua murid dan warga SK Bandar Pusat digalakan mengitar semula barangan ke pusat kitar semula yang disediakan di sekolah. Pada hari Rabu setiap minggu sewaktu aktiviti kokurikulum satu program pengumpulan dan timbangan bahan kitar semula akan dilakukan. Oleh itu, semua warga sekolah digalakan membawa sebanyak mungkin barangan kitar semula.

Pada peringkat sekolah, sesiapa yang memiliki timbangan terbanyak akan menerima hadiah galakan dan setiap orang berpeluang menerima hadiah pada setiap bulan. Jumlah timbangan individu akan dibawa ke bulan-bulan berikutnya untuk memperolehi warga sekolah yang menyumbang bahan kitar semula yang terbanyak sepanjang program ini.

Maka, jangan lepaskan peluang untuk melibatkan diri dan menyertai program peringkat kebangsaan ini.

Sumber rujukan : Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Sunday, May 4, 2014

LAWATAN KE MARDI CAMERON HIGHLANDS

Warga SK Bandar Pusat bersama JK Induk dan JK Kerja SLAAS yang diketuai oleh Tuan Guru Besar, Tuan Haji Hamzah bin Mat Ali telah mengadakan lawatan ke MARDI Cameron Highlands dan seterusnya mengadakan Perakuan Persefahaman berkenaan dengan Kelestarian Alam Sekitar pada 3 Mei 2014 (Sabtu).

Banyak pengalaman dan pengetahuan ditimba untuk dibawa balik ke SK Bandar Pusat bagi dimanfaatkan oleh SK Bandar Pusat sebagai sebuah sekolah SLAAS.

Kunjungilah laman web rasmi MARDI untuk info.

 





Tuesday, April 22, 2014

HARI BUMI 2014

HARI BUMI 22 APRIL 2014


Tuan Haji Hamzah bin Mat Ali, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat, ada menyentuh tentang Hari Bumi pada hari ini 22 April 2014 ketika menyampaikan ucap rasmi program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT (LET READ TOGETHER FOR 10 MINUTES).

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit yang dilaksanakan di seluruh Negara pada 22 April 2014, atas inisiatif Perpustakaan Awam Negeri-Negeri Se-Malaysia mengisi program galakan membaca yang dijalankan setiap tahun.

Sesungguhnya JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT (LET READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) diilhamkan daripada sambutan HARI BUMI (EARTH DAY) yang disambut hari ini.

Selamat Hari Bumi 2014

Sumber rujukan HARI BUMI (EARTH DAY):
http://en.wikipedia.org/wiki/Earth_Day

Monday, January 27, 2014

KULIT LIMAU

Perhimpunan Pagi Isnin 20 Januari 2014, SLAAS SKBP membentangkan isu kulit limau yang biasanya dibuang selepas diambil isinya, lebih-lebih lagi sekarang ini semakin menghampiri Sambutan Tahun Baru Cina yang menawarkan limau dengan banyak dan murah.

Ada beberapa perkara menarik yang dinyatakan oleh Cikgu Muhammad Ramzi, antaranya sebagai penghindar kucing membuang najis disesuatu tempat dengan meletakkan cebisan-cebisan kulit limau kerana dikatakan kucing tidak gemar dengan bau kulit limau. Berikut ada beberapa lagi tip tentang kulit limau untuk pengetahuan kita bersama :

Masalah Suhu Tubuh

Mengatasi Kedinginan.
Rebus beberapa kulit limau dan halia segar di dalam air untuk lebih kurang 15 hingga 20minit, tambahkan gula merah, dan minumlah seperti teh.

Mencegah Frostbite
Bakarlah beberapa kulit limau dan giling sampai menjadi serbuk, campurkan dengan minyak sayur dan sapukan ke kawasan yang bengkak kerana cuaca sejuk tersebut.

Masalah Mulut

Menghilangkan bau mulut. 
Mengunyah sepotong kecil kulit limau yang segar dapat menghilangkan bau mulut.

Mengubati sakit geraham.
Letaklah sepotong kecil kulit limau yang segar ke dalam mulut selama 10 minit sebelum tidur.

Merawat dan mengubati gigi yang sensitif.
Bubuhlah kulit ke dalam gelas dan tambahkan air mendidih, tutup gelasnya selama 5 hingga 10 minit kemudian minumlah.

Masalah Saluran Pernafasan

Mengubati batuk.
Masukkan 5 gram kulit limau kering ke dalam 2 gelas air dan rebus selama 10 hingga 15 minit kemudian tambahkan sedikit halia dan gula merah. Minumlah sewaktu masih suam.

Mengubati bronchitis kronik.
Masukkan 5 hingga 15 gram kulit limau ke dalam gelas, tambahkan air yang mendidih untuk membuat segelas ”teh kulit limau”. Minumlah sekerap mungkin 

Mencegah sesak nafas.
Tambahkan air panas ke dalam gelas yang berisi kulit limau segar, tutuplah selama 10 minit dan tambahkan gula sebelum kamu meminumnya. Cara ini boleh menghentikan rasa sesak di dada dan radang.

Masalah Pencernaan

Mengubati sembelit
Rebus 12 gram kulit limau segar atau 6 gram kulit limau kering dengan air untuk 10 hingga 15 minit. Minumlah 2 kali sehari untuk mencegah sembelit.

Mengembalikan nafsu makan yang kurang. 
Yang satu ini patut dicuba. Ambillah kulit limau yang segar dan jemurlah sampai kering.Campurkan kulit buah itu dengan daun teh. Ramuan ”teh kulit limau” ini mampu mengembalikan selera makan kamu yang hilang.

Masalah Kecantikan
Kulit limau mampu menyerap minyak berlebihan dari kulit sehingga mengurangkan wajah akibat minyak yang berlebihan. Selain itu, ternyata kulit limau juga boleh mengangkat sel-sel kulit mati dan kering dari permukaan wajah sehingga membuat wajah lebih bersih dan cerah.
Caranya dengan memnggunakan masker kulit limau yang boleh dibuat sendiri. Kupas kulit limau, biarkan hingga kering dan keras. Setelah mengeras, kisar kulit limau hingga hancur kemudian campurkan dengan susu secukupnya (nisbah 50:50) hingga menjadi pes.
Bersihkan wajah dengan air, keringkan, kemudian barulah kenakan masker kulit limau tersebut ke seluruh wajah dan biarkan selama 30 minit hingga kering. Bilas wajah dengan air, namun pastikan tidak menggosok wajah terlalu keras kerana ini boleh merosakkan kulit.

Mengubati mastitis.
Mastitis iaitu rasa bengkak pada payudara saat pengeluaran susu ibu berlebih. Rasa sakit ini boleh diatasi dengan merebus 30 gram kulit limau yang segar dan 6 gram licorice (akar manis) dengan air. Minumlah dua kali sehari.

Mengubati alergi.
Kulit limau boleh juga digunakan untuk menghilangkan gejala alergi setelah memakan ikan dan ketam. Rebuslah beberapa potong kulit limau segar dengan air dan minumlah.

Mencegah mabuk perjalanan.
Satu jam sebelum naik kereta, ambilah secuil kulit limau yang segar terus dekatkan kehidung dan hiruplah aroma limau di kulitnya. Selama dalam perjalanan, teruslahmenghirup kulit limau itu untuk mencegah mabuk perjalanan.

Sumber : Ohduniaku Kelebihan Limau Dan Oren Pada Manusia | Ohduniaku http://ohduniaku.com/limau-oren-serta-manfaatnya#ixzz2raS7Q6NR

Thursday, January 16, 2014

LARIAN ALAM

Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat melaksanakan Program Larian Alam Sekitar pada 17 Januari 2014 yang melibatkan semua murid Tahap 2. Dalam pada masa yang sama murid Tahap 1 akan terlibat dalam aktiviti berkaiatan kelestarian alam sekitar di foyer Tun Abdul Razak SK Bandar Pusat.

Larian tersebut merupakan acara tahunan sekolah ini, yang akan berlangsung pada pukul 8.00 pagi dengan penglibatan pelbagai pihak.

Sesungguhnya, menerusi larian tersebut murid akan dapat menghargai alam, cintakan keindahan dan kebersihan.

Disediakan oleh Unit ICT SLAAS SK Bandar Pusat