Thursday, February 23, 2012

TAHUKAH ANDA?

JOM JIMAT TENAGA



Jom Jimat Tenaga... anda bukan sahaja bersama menghijaukan bumi tetapi juga telah mengurangkan belanja pembayaran bil tenaga elektrik bulan... maka jomlah kita jimat tenaga.

Jawatankuasa Pembangunan Maklumat Alam Sekitar, SK Bandar Pusat mencadangkan :

1. Penggunaan kipas di seluruh kawasan sekolah hanya dibenarkan bermula jam 10.00 pagi dengan kelajuan tidak melebihi 3, manakala penggunaan penyaman udara hendaklah tidak kurang daripada 22 darjah C.
2. Lampu seluruh kawasan sekolah hendaklah dipadam setelah jam 7.30 pagi.
3. Padan semua komputer yang tidak digunakan dan setiap murid hanya dihadkan penggunaan tidak melebihi 25 minit tatkala berada di Makmal Bahasa/ICT, Pusat Akses Sekolah mahupun di Pusat Sumber Sekolah.
4. Pihak sekolah sangat menggalakkan murid-murid hadir ke sekolah dengan berjalan kaki atau berbasikal sahaja, oleh itu murid sudah semesti akan bangun awal untuk ke sekolah dan pasti menyihatkan, ini juga akan menjimatkan penggunaan petroleum yang merupakan sumber tenaga yang semakin kritikal.

'Jom, jimat tenaga', bukan bermakna tidak membuat kerja, tetapi berhemah dalam penggunaan tenaga, selain berjimat kita juga dapat menyelamatkan dunia demi masa depan generasi akan datang.

KONSEP 3R

Kurangkan Penggunaan, Gunakan Semula Dan Kitar Semula


Kitar semula merupakan kaedah yang asas untuk meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang kepentingan mengekalkan keindahan alam sekitar. Kebanyakan kawasan dan pusat bandar di Malaysia mempunyai cara yang berbeza dalam menangani isu kitar semula. Kumpulkan jiran-jiran anda dan jadikanlah usaha kitar semula sebagai bukan aktiviti orang dewasa sahaja tetapi kanak-kanak juga. Malahan tanggung jawab kanak-kanak dalam hal ini harus dijadikan fokus utama.


Pusat mengumpul bahan-bahan yang boleh dikitar semula harus diwujudkan. Pusat sebegini harus memberi ganjaran kepada kanak-kanak. Contohnya, kupon diskaun membeli buku boleh diberi kepada mereka yang menyumbangkan bahan untuk dikitar semula. Pusat-pusat ini juga boleh memberi perkhidmatan tambahan yang membuka peluang kepada kanak-kanak untuk mengunjungi pusat-pusat ini. Ini supaya mereka boleh memahami dan melihatkan sendiri proses kitar semula yang membolehkan bahan yang disumbangkan digunakan semula. Dengan itu, mereka akan mengenali dan lebih menghargai sumbangan.


Kempen mengumpul dan kitar semula surat khabar mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar-pelajar sekolah dan pihak sekolah. Kini sudah tiba masanya untuk mengalihkan semangat dan kreativiti kanak-kanak dalam menambahkan usaha dan niat mereka daripada sudut kualiti dan bukannya kuantiti.


Pelajar-pelajar dari sekolah anda boleh membuat penyelidikan tentang proses kitar semula. Kemudian, izinkan mereka untuk mengutarakan dan membincangkan idea-idea berkenaan isu kitar semula. Benarkan mereka mengatur strategi bagi mempromosikan kempen mereka. Sementara itu, pihak sekolah harus menyediakan ganjaran kepada mereka yang berjaya membuahkan idea kitar semula yang paling berkesan. Anda juga boleh menganjurkan pertandingan yang memberi hadiah kepada mereka yang berjaya menghasilkan program yang menpraktiskan kaedah guna semula bahan-bahan secara berkesan. Pertandingan hendaklah meliputi cadangan kaedah pengurangan penggunaan bahan-bahan yang memberi kesan yang musibah kepada alam sekitar.


Sebagai langkah menyedarkan masyarakat, galakan harus diberikan kepada kanak-kanak supaya mereka dapat mencadangkan strategi ekonomi dan politik untuk mengekalkan alam sekitar. Satu ‘persidangan parlimen’ yang dianggotai oleh kanak-kanak boleh diadakan bagi membolehkan pelajar-pelajar membentangkan cadangan mereka. Orang dewasa dari komuniti boleh menjadi pihak pembangkang dan mendengar cadangan yang diutarakan. Persidangan sebegini harus ditonton oleh masyarakat umum supaya mereka juga dapat mempelajari kesilapan mereka dalam fenomena menjejaskan kualiti alam sekitar.


Dipetik daripada buku Idea-Idea Untuk Tindakan Menjadikan Kawasan Bandaraya Mesra Kanak-Kanak Buku Sumber untuk Inisiatif Masyarakat dalam Bandaraya-bandaraya di Malaysia diterbitkan untuk Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (MKPW),dan sumber web : http://www.ehomemakers.net

KERATAN AKHBAR



Kliklah gambar untuk baca akhbar-akhbar di atas.

GUNALAH TONG KITAR SEMULA

50 PERKARA ANDA BOLEH RECYCLE


KETAHUILAH TENTANG RECYCLE
LAYARI LAMAN SESAWANG BERIKUT:



LAMAN-LAMAN HERBA


Berikut adalah 5 laman sesawang yang sesuai dikunjung berkaitan dengan herba di negara kita.

http://teknologipertanian.com

http://myherba.com

http://melor.com

http://herbamalaysia.com
http://fadzisyam.com


Disediakan oleh
JK Pembangunan Maklumat Alam Sekitar SK Bandar Pusat 2012

JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MAKLUMAT ALAM SEKITAR


KETUA
ENCIK ZAHID BIN BAKAR

SETIAUSAHA
PUAN SALIZA BINTI SULAIMAN

AHLI JAWATANKUASA KERJA
PUAN FARIDAH BINTI KADIR
PUAN TUAN AZIZAN SALIKUN BINTI TUAN MANSOR
PUAN SYAHIDAWATI BINTI NOR
PUAN NUR FADHILAH BINTI NAZERI

SENARAI TUGAS :

- MEWUJUDKAN DAN MEMANTAPKAN KELEKSI BAHAN BACAAN, RUJUKAN DAN MULTIMEDIA BERKAITAN ALAM SEKITAR DI PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN DI PONDOK-PONDOK SUMBER.

- MENYEDIAKAN MULTIMEDIA DAN TAPAK WEB/FACEBOOK

- MENCERIAKAN PONDOK-PONDOK SUMBER DAN TAMAN-TAMAN NILAM

- SUDUT MAKLUMAT/PAPAN MAKLUMAT ALAM SEKITAR, HASIL KERJA MURID DAN BAHAN RUJUKAN SERTA KEMPEN-PEMPEN MELALUI POSTER.