Sunday, October 18, 2015

MONTAJ KARNIVAL GO GREEN

video

KARNIVAL GO GREEN 2015

15 OKTOBER 2015 - Go Green Team SK Bandar Pusat telah mempamerkan keunggulan SK Bandar Pusat sebagai salah satu Sekolah Kluster Kecemerlangan KPM.



Keratan akhbar berkaitan dengan program berkenaan. Tahniah kepada seluruh warga SK Bandar Pusat yang telah menjayakan program yang gilang-gemilang .

Thursday, October 1, 2015

SELAMAT DATANG KE KARNIVAL GO GREEN


Pada 15 Oktober 2015 ini, SK Bandar Pusat yang merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan bakal dikunjungi peserta Karnival Go Green 2015 Peringkat Kebangsaan. Sejumlah 20 buah Sekolah Kluster Kecemerlang dari beberapa buah negeri akan menyertai Pertandingan Pidato dan Deklamasi Puisi yang bertemakan 'Alam Sekitar' akan mempertaruhkan kebolehan dan bakat masing-masing.

SK Bandar Pusat turut bekerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang dan Jabatan Alam Sekitar Pahang telah merancang untuk menggunakan beberapa kemudahan di UiTM bagi menjayakan program ini.

SLAAS SK Bandar Pusat mengucapkan selamat datang kepada semua kontigen.

Sunday, September 6, 2015

PERTANDINGAN GUNA SEMULA BAHAN TERBUANG

2 September 2015 - Penilaian terakhir Program Pertandingan Guna Semula Bahan Terbuang yang melibatkan semua Unit Beruniform SK Bandar Pusat. Pertandingan tersebut mendapat kerjasama yang jitu daripada semua pemimpin dan ahli pasukan menerusi agihan taman-taman yang diceriakan dengan penggunaan bahan terbuang.

Pertandingan ini merupakan antara aktiviti Kebitaraan Kokurikulum SKK SK Bandar Pusat yang menawarkan RM400 untuk tempat pertama, RM300 untuk tempat kedua, RM200 untuk tempat ketiga dan RM100 untuk saguhati.









Sila ikuti foto lain di galeri