Friday, September 21, 2012

PROJEK PSV GUNA BAHAN TERBUANG

Pada minggu ini, semua guru PSV (Pendidikan Seni Visual) digalakkan oleh JK SLAAS SKBP menggunakan bahan terbuang sebagai satu program meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid tentang kelestarian alam sekitar.

Kelas 3UM di bawah pengendalian Cikgu Zahid sebagai guru PSV telah menghasilkan bekas pensel menggunakan tin alumunium terbuang. Murid yang berjaya menghasilkan bahan tersebut sungguh gembira dan memahami bahawa kita tidak semestinya dengan mudah membuang sesuatu yang kadang-kala memiliki nilai tersendiri sekiranya diguna semula, dikitar semula atau diubah suai untuk dijadikan bahan baru.

Tahniah SK Bandar Pusat dalam merealisasikan SLAAS.

No comments:

Post a Comment