Monday, October 7, 2013

PERTANDINGAN KITAR SEMULA KERTAS TERPAKAI


Syarat Pertandingan :
  1. Terbuka kepada semua murid Tahap 2, SK Bandar Pusat sahaja
  2. Semua guru kelas dikehendaki mengurus pengumpulan kertas terpakai mengikut kelas masing-masing.
  3. Setiap murid perlu membawa sekurang-kurangnya 1 kg kertas terpakai dari rumah masing-masing.
  4. Kertas tersebut perlu diikat kemas sebelum diserahkan kepada guru kelas
  5. Kamu boleh mengumpul kertas surat khabar lama, kertas terpakai, majalah lama dan buku-buku yang tidak diperlukan sahaja.
  6. Timbangan tertinggi kertas terpakai mengikut kelas dikira sebagai pemenang.
  7. Kumpul kertas-kertas tersebut pada 9 November 2013 waktu kegiatan kokurikulum pada pukul 12.40 hingga 1.40 di foyer sekolah.
  8. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 25 Oktober 2013 semasa Program Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar (JMRAS 2013 Negeri Pahang)
  9. Hadiah pertandingan pengumpulan kertas terpakai ;
     Berbentuk hamper

  • Pertama RM100
  • Kedua RM80
  • Ketiga RM70

Disediakan oleh JK ICT SLAAS

Wednesday, October 2, 2013

RAKAN ALAM SEKITAR

Rakan Alam Sekitar akan berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat pada 25 Oktober 2013 ini dan melaksanakan beberapa program dengan melibatkan beberapa Agensi dan NGO. Program ini dilaksanakan berikutan program berikut :


Kami mengalu-alukan kedatangan dan mengucapkan Selamat Datang.

JK ICT SLAAS SKBP

Sunday, September 22, 2013

SK BANDAR PUSAT BERSEDIA BERTANDING LAGI

18 September 2013 yang lalu, PPS SK Bandar Pusat telah dikunjung penilai Anugerah Bintang Perpuspa Negeri Pahang, manakala 25 September 2013 pula berlangsungnya kunjungan Panel Penilai Kokurikulum Peringkat Kebangsaan. Sesungguhnya SK Bandar Pusat terus menerima penghargaan dan penilaian yang menaikkan lagi nama sekolah ini.

Oleh itu, tidak mustahil SK Bandar Pusat akan mempertahankan kejuaraannya sebagai Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) kategori sekolah rendah.

Unit TMK dan Multimedia PSS SK Bandar Pusat yang mengendalikan blog-blog sekolah termasuk blog ini diberi tanggungjawab untuk menjadikan blog ini lebih mesra pengguna, mudah dilayari, berinformasi, dan memiliki ciri-ciri binaan blog terkini. InsyaAllah, kami akan bangunkannya sebaik mungkin.

Kami turut mengalu-alukan kunjungan perkongsian pintar kesekolah kami berkaitan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar ini. SELAMAT DATANG.

Disediakan oleh GPM 2013

Tuesday, August 20, 2013

Thursday, May 9, 2013

ANUGERAH SLAAS NEGERI PAHANG

Pada 22 Mei 2013 ini, SK Bandar Pusat telah terpilih sebagai tuan rumah untuk majlis penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar 2011/2012 peringkat negeri Pahang.

Lebih kurang 25 buah sekolah rendah dan menengah seluruh Pahang yang telah menyertai SLAAS akan menerima anugerah masing-masing.

SK Bandar Pusat mengalu-alukan kehadiran semua tetamu jemputan ke majlis tersebut di sekolah kami.

Selamat Datang.

ANUGERAH EMAS SEKOLAH RENDAH

Maljis Penganugerahan SLAAS 


2 piala yang dibawa pulang ke SK Bandar Pusat 

Monday, February 25, 2013

TAHNIAH

JK SLAAS SK Bandar Pusat menerima berita gembira setelah sekian lama menanti. Sesuatu yang amat mengembirakan setalah bertungkus lumus memngembling keringat, idea dan masa maka SK Bandar Pusat telah menerima ucapan tahniah yang menyatakan bahawa JOHAN SLAAS 2012 telah disandang oleh SK Bandar Pusat.

Sesungguhnya berita gembira ini telah menguatkan lagi semangat warga SK Bandar Pusat untuk merealisasikan SLAAS sebagai satu aspek pembangunan sahsiah dan kecemerlangan kurikulum. Pelajar dan  persekitaran telah memperlihatkan kesinambungan dan hubung kait selain usaha gigih para guru, ibu bapa dan pelajar sendiri sehingga memperolehi 26 orang calon UPSR 2012 mendapat 5A.

TAHNIAH kepada warga SK Bandar Pusat di atas kejayaan ini.