Tuesday, May 27, 2014

PENGUMPULAN BAHAN KITAR SEMULA BULAN MEI

Pengumpulan bahan kitar semula bagi bulan Mei 2014 telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Mei 2014 hari Rabu di Foyer Tun Abdul Razak dengan jumlah berat terkumpul melebihi 530kg.

Program ini telah berjaya melibatkan semua murid Tahap 2 SK Bandar Pusat dan menjadi harapan agar peningkatan jumlah pengumpulan pada bulan-bulan berikutnya. Insya Allah.

Ikuti foto aktiviti dipautan berikut : http://foto-skbandarpusat-jengka.blogspot.com/2014/05/21-mei-2014-kitar-semula-sesi-mei.html

Wednesday, May 7, 2014

PERTANDINGAN KITAR SEMULA 2014

SK Bandar Pusat tidak mahu ketinggalan menyertai Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan yang bermula 1 April hingga 31 Oktober 2014.


Sehubungan itu, semua murid dan warga SK Bandar Pusat digalakan mengitar semula barangan ke pusat kitar semula yang disediakan di sekolah. Pada hari Rabu setiap minggu sewaktu aktiviti kokurikulum satu program pengumpulan dan timbangan bahan kitar semula akan dilakukan. Oleh itu, semua warga sekolah digalakan membawa sebanyak mungkin barangan kitar semula.

Pada peringkat sekolah, sesiapa yang memiliki timbangan terbanyak akan menerima hadiah galakan dan setiap orang berpeluang menerima hadiah pada setiap bulan. Jumlah timbangan individu akan dibawa ke bulan-bulan berikutnya untuk memperolehi warga sekolah yang menyumbang bahan kitar semula yang terbanyak sepanjang program ini.

Maka, jangan lepaskan peluang untuk melibatkan diri dan menyertai program peringkat kebangsaan ini.

Sumber rujukan : Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Sunday, May 4, 2014

LAWATAN KE MARDI CAMERON HIGHLANDS

Warga SK Bandar Pusat bersama JK Induk dan JK Kerja SLAAS yang diketuai oleh Tuan Guru Besar, Tuan Haji Hamzah bin Mat Ali telah mengadakan lawatan ke MARDI Cameron Highlands dan seterusnya mengadakan Perakuan Persefahaman berkenaan dengan Kelestarian Alam Sekitar pada 3 Mei 2014 (Sabtu).

Banyak pengalaman dan pengetahuan ditimba untuk dibawa balik ke SK Bandar Pusat bagi dimanfaatkan oleh SK Bandar Pusat sebagai sebuah sekolah SLAAS.

Kunjungilah laman web rasmi MARDI untuk info.