Monday, February 25, 2013

TAHNIAH

JK SLAAS SK Bandar Pusat menerima berita gembira setelah sekian lama menanti. Sesuatu yang amat mengembirakan setalah bertungkus lumus memngembling keringat, idea dan masa maka SK Bandar Pusat telah menerima ucapan tahniah yang menyatakan bahawa JOHAN SLAAS 2012 telah disandang oleh SK Bandar Pusat.

Sesungguhnya berita gembira ini telah menguatkan lagi semangat warga SK Bandar Pusat untuk merealisasikan SLAAS sebagai satu aspek pembangunan sahsiah dan kecemerlangan kurikulum. Pelajar dan  persekitaran telah memperlihatkan kesinambungan dan hubung kait selain usaha gigih para guru, ibu bapa dan pelajar sendiri sehingga memperolehi 26 orang calon UPSR 2012 mendapat 5A.

TAHNIAH kepada warga SK Bandar Pusat di atas kejayaan ini.