Sunday, October 14, 2012

PERKHEMAH BERSEPADU LESTARI ALAM SEKITAR

Bermula 12 Oktober 2012 pada jam 3 petang, seramai 217 murid terlibat dalam Perkhemahan Bersepadu Lestari Alam Sekitar sehingga 14 Oktober 2012.

Berbagai aktiviti dirancang bagi mengisi program dalam menepati sasaran matlamat perkhemahan ini diadakan. Dalam pada itu, perkhemahan ini menumpukan kepada unsur-unsur kelestarian alam dan kesemua aktiviti yang dirancang menjurus kepada mematuhi unsur berkenaan.

Tahniah SK Bandar Pusat.

Friday, October 5, 2012

TAMAN ANGKAT

SK Bandar Pusat di bawah Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) telah melaksanakan program Taman Angkat yang disertai oleh 4 buah unit beruniform utama sekolah ini.

Pasukan Pengakap Persekutuan Pengakap Kanak-Kanak SK Bandar Pusat telah mengambil Taman Akuatik sebagai taman angkat mereka. Pasukan Puteri Islam Malaysia telah dipertanggungjawabkan mengurus Taman Cahaya, manakala Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah telah menambil Taman Pembestarian. Seterusnya Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah menerima Taman Nilam sebagai taman angkat mereka.

Dengan penyerahan taman-taman ini, diharapkan setiap ahli unit-unit beruniform berkenaan akan lebih bertanggungjawab memastikan taman angkat masing-masing sentiasa dalam keadaan ceria, bersih, menarik dan bertambah keseriannya.