Monday, April 30, 2012

LAPORAN SEKOLAH LESTARI SK BANDAR PUSAT 2012


1.1 Latar Belakang Sekolah
1.1.1 Sejarah Penubuhan
Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat dikategorikan sebagai sebuah sekolah rendah harian di kawasan bandar. Keluasan keseluruhan kawasan SK Bandar Pusat ialah 2.93 hektar yang meliputi sebuah bangunan 8 bilik darjah, sebuah kantin tiga buah rumah guru didirikan di atas tanah kepunyaan LKWJ. Pada ketika itu, sekolah ini di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut dan sekarang di bawah pentadbiran Pejabat Pelajaran Daerah Maran serta Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.

SK Bandar Pusat telah dibuka dengan rasminya pada 07 Januari 1974. Bermula dengan 3 orang tenaga pengajar iaitu En. Mohd Said bin Ngah sebagai Guru Besar, Puan Kamariah Aman dan En. Raja Ismail bin Ahmad dan 29 orang murid terdiri daripada 16 lelaki dan 13 perempuan.
Pada tahun 2012 ini, SK Bandar pusat mempunyai 60 orang tenaga pengajar dan 698 orang murid yang diterajui oleh Tuan Haji Hamzah bin Mat Ali sebagai Guru Besar.

Sehingga kini sejumlah 6 orang Guru Besar telah mentadbir sekolah ini dengan jayanya. Mereka terdiri daripada:

Bil
Nama Guru Besar
Perkhidmatan di SK Bandar Pusat
1
Mohd Said bin Ngah
07.01.1974 -  31.12.1984
2
Haji Shamsuddin bin Awang
10.10.1985 – 30.09.1987
3
Abdullah bin Idin
01.10.1987 – 15.09.1992
4
Md.Chik bin Abdullah
16.09.1992 – 31.01.1996
5
A.Karim bin A. Manaf
01.02.1996 – 28.02.2006
6
Haji Hamzah bin Mat Ali
01.03.2006 – sekarang

SK Bandar Pusat telah dinaik taraf ke Gred A pada 01.01.1998. Sekolah ini menerima murid daripada kawasan persekitaran yang berhampiran iaitu:
      i  )    Rantau Perintis /Rantau Perintis Tambahan
      ii)     Matau
     iii)     Taman Permatang Syahbandar
iv)                Persekitaran Bandar Jengka
v)                  Taman Jengka Impian
vi)                Quarters TNB

1.2 MAKLUMAT AM SK  BANDAR PUSAT PADA TAHUN 2011
1.
JENIS
SEKOLAH KEBANGSAAN
2.
GRED
A
3.
SESI
PAGI
4.
ALAMAT
BANDAR PUSAT, 26400 BANDAR JENGKA
5.
TELEFON
09-4676448/FAX :094676449
6.
LOKASI
BANDAR
7.
KOD SEK
CBA 9117
8.
E-MAIL
9.
PKG
PKG BANDAR PUSAT
10.
KELOMPOK PKKP
JENGKA
11.
JARAK KE PPD
50KM
12.
JARAK KE JPNP
150KM
15.
LUAS KAW
8.4 EKAR

1.3 STAF SEKOLAH TAHUN 2012
STATUS
LELAKI
PEREMPUAN
JUMLAH
GURU
21
39
60
BUKAN GURU
7
11
18
JUMLAH
28
50
78

1.4 ENROLMEN MURID TAHUN 2012
TAHUN
KELAS
BIL KELAS
L
P
JUMLAH
Pra Sek
PRA
1
15
10
25
Program Pendidikan Khas Intergrasi

Pra PK
1
-
2
2
PPKI
6
19
15
34
Kelas
THN 1
3
63
37
100
THN 2
3
44
55
99
THN 3
3
53
64
117
THN 4
4
60
56
116





THN 5
3
56
59
115
THN 6
3
47
43
90
JUMLAH
26
357
341
698

2.0   KOMPONEN PENGURUSAN

PELAN TINDAKAN DAN STRATEGI SEKOLAH LESTARI

2.1  VISI

SK Bandar Pusat menjadi Sekolah Lestari Alam Sekitar Terbilang menjelang  2013.

 2.2 MISI
Misi unit Hal Ehwal Murid  mempunyai perkaitan dengan ciri kelestarian alam sekitar iaitu:
Mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang bersih, ceria dan mengekalkan kehijauan disekeliling sekolah yang memberi kesan kepada seluruh warga SK Bandar Pusat daripada aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek .

Misi sekolah SK Bandar Pusat ialah   “Sihat , Ceria dan Selamat”.

2.3 PIAWAI SUASANA DAN PERSEKITARAN SEKOLAH LESTARI

Pihak pengurusan telah menyusun  perancangan strategik dan pelan tindakan untuk pelaksanaan kelestarian alam sekitar 2010 – 2012  yang diharapkan dapat memupuk unsur-unsur pendidikan dan kesedaran serta kepentingan menjaga alam sekitar dikalangan murid SK Bandar Pusat.  Antara piawai suasana dan persekitaran  Sekolah Lestari Alam Sekitar SK Bandar Pusat ialah:-

  1. Pelaksanaan aktiviti yang berunsurkan pendidikan alam sekitar diterapkan di dalam pelbagai  aktiviti kurikulum, ko-kurikulum dan penghijauan yang bertujuan supaya warga sekolah SK Bandar Pusat boleh  menguruskan alam sekitar secara seimbang dan holistik.
  2. Pendidikan Lestari Alam Sekitar juga bermatlamat ke arah sifar sampah, kawasan  persekitaran sekolah yang bersih dan ceria setiap masa dan dapat mewujudkan  sekolah dalam taman.
  3. Warga sekolah SK Bandar Pusat  menyedari kepentingan menghargai, menyayangi dan menjaga alam sekitar.
  4. Mewujudkan unsur terapeutik berasaskan penghijauan kepada warga sekolah SK Bandar Pusat. Unsur terapeutik ini akan dapat membantu menyeimbangkan emosi khususnya murid SK Bandar Pusat
  5. Menggalakkan inovasi dan aktiviti alam sekitar yang dapat menjimatkan penggunaan sumber dan menggunakan produk mesra alam.
  6. Setiap bilik khas mesti sentiasa bersih dan ceria dan mempamerkan ciri-ciri suasana  mesra alam.
2.4    POLISI KELESTARIAN ALAM SEKITAR SK BANDAR PUSAT

  1. Warga sekolah SK Bandar Pusat  menghayati kepentingan menjaga alam sekitar.
  2. Warga sekolah SK Bandar Pusat  mengurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan
  3. Warga sekolah mesti tahu cara membuat baja kompos dan baja organik.
  4. Meminimumkan penggunaan  bekas polisterin di kawasan sekolah.
  5. Mengelakkan  pembaziran kertas , air  dan elektrik.
  6. Tidak boleh membuang sampah di merata tempat dan mempromosikan kelas tanpa tong sampah.
  7. Setiap warga sekolah mesti mengamalkan 5R (Rethink, Reduce, Reuse , Repair, Recycle)
  8. Tidak dibenarkan menconteng kemudahan sekolah.
  9. Setiap pelajar harus melibatkan diri sekurang-kurangnya satu aktiviti alam sekitar peringkat sekolah.
  10. Setiap pelajar harus menjaga keceriaan kelas.
  11. Setiap bilik khas sentiasa bersih dan ceria.
2.5 OBJEKTIF PELAKSANAAN PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR.

  1. Pihak pengurusan telah menetapkan beberapa sasaran objektif Pendidikan Lestari Alam Sekitar yang harus  dicapai oleh SK Bandar Pusat pada tahun 2012 Melalui Pendidikan Lestari Alam Sekitar ini, diharapkan akan dapat :-
  1. Melaksanakan pendidikan yang menerapkan unsur alam sekitar secara berterusan melibatkan semua murid di SK Bandar Pusat melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran alam sekitar merentasi kurikulum, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum serta projek-projek penghijauan yang dijayakan oleh seluruh warga sekolah SK Bandar Pusat termasuk PIBG.
  1. Menimbulkan kesedaran dan perubahan sikap serta amalan dalam kalangan warga sekolah SK Bandar Pusat dan komuniti setempat.
  1. Mempertingkatkan kualiti persekitaran sekolah SK Bandar Pusat dengan memastikan kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah adalah pada tahap yang tinggi pada setiap masa dan kesannya wujud suasana persekitaran sekolah yang harmoni dan selesa .
  1. Melalui Program 4K, setiap kelas harus menerapkan elemen alam sekitar di dalam bilik darjah dan mencapai sekurang-kurangnya 80 peratus markah dari jumlah 100 peratus markah dalam penilaian  kebersihan kelas bermula dari kelas pra sekolah, kelas pendidikan khas, tahun 1 hingga ke tahun enam pada tahun 2012.
  1. Memupuk kerjasama antara komuniti sekolah SK Bandar Pusat dengan masyarakat setempat dalam pelaksanaan aktiviti mesra alam.
  1. Semua warga sekolah SK Bandar Pusat berusaha menghayati dan mengamalkan 5R
     Sekolah Bandar Pusat menjadi penanda aras kepada sekolah lain dan komuniti          setempat untuk pelaksanaan Pendidikan Lestari Alam Sekitar selepas tahun 2012.

2.6    SENARAI BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA LESTARI ALAM SEKITAR
BIL
JAWATAN
TUGAS UTAMA
1
Pengerusi
Memastikan perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan alam sekitar dijalankan.
2
Timbalan Pengerusi
Memantau perkembangan pelaksanaan program dan aktiviti alam sekitar.
3.
Penyelaras
Menyelaraskan  aktiviti-aktiviti atau program-program alam sekitar.
3
Setiausaha
Mencatat minit mesyuarat dan bertanggungjawab atas perkara yang berkaitan dengan surat-menyurat.
4
Bendahari
Merekod segala pendapatan dan perbelanjaan
5
Jawatankuasa
Pelaksana
Melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program alam sekitar dengan pasukan kerja masing-masing.


2.7   PASUKAN YANG BERTANGGUNGJAWAB DALAM AKTIVITI ALAM SEKITAR  GURU-GURU PENASIHAT

BIL
PASUKAN
KAWALAN
GURU PENASIHAT
1
Pasukan Foyer
Menjaga kebersihan dan keceriaan di foyer.
Puan Ruslinda Mohamad
2
C-Team
Memastikan kebersihan dan kecerian kantin
Memastikan pengasihan sisa makanan
Puan Siti Zubaidah Ingsa
3
Pasukan Selesa
Memastikan kebersihan dan keceriaan tandas.
Memastikan pelajar memakai selipar apabila masuk ke tandas.
Puan Halimah Jaafar
5
Pasukan Sihat
Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Pn. Sayani Saud
6
Lestari Junior
Menjaga kebersihan dan keceriaan kelas
Memastikan kesuburan dan kesihatan tanaman di kelas.
Tuan Haji Mohamad  Khizar
7
Bumi Hijau
Menjaga ternakan ikan
Memastikan kesuburan sayur-sayuran serta buah-buahan tanaman sekitar sekolah.
En. Tarmizi bin Mat Tahir
8
Pasukan Hijau
Memastikan kitar semula dijalankan setiap pelajar.
Membuat penyebaran maklumat alam sekitar melalui bulletin / facebook.
Pn.Noraini binti Yusof
9
PPDA
Mengurus program  “ Tak Nak Merokok”
Cik Norazma Wahab
10
Jururawat Junior (PBSM)
Menjaga kebersihan dan keceriaan bilik kesihatan.
Pn.Masrina binti Salleh
11.
Pasukan Siber
Membantu menyebarkan maklumat alam sekitar melalui ict.
En.Zahid bin Bakar

2.8 PENYEBARAN MESEJ ALAM SEKITAR

2.8.1 Perhimpunan Mingguan

Mesej alam sekitar disampaikan kepada murid melalui perhimpunan mingguan pada setiap pagi pada hari Isnin. Antara mesej yang disampaikan oleh guru bertugas mingguan adalah seperti mengingatkan murid tentang pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan kelas yang dapat membantu menyumbangkan kepada persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selesa kepada murid SK Bandar Pusat.

2.8.2 Pemasangan Papan Mesej Alam Sekitar
Papan mesej alam sekitar dipamerkan di kawasan sekolah seperti poster menjaga kebersihan, cara mencuci tangan, penjagaan tandas, penjagaan kawasan seperti cerun dan lereng, longkang, tumbuh-tumbuhan, tangki septik dan pelbagai mesej yang memberi penerangan berkaitan dengan pendidikan alam sekitar.

2.8.3  Sudut Alam Sekitar
Mewujudkan Sudut Alam Sekitar di sekolah SK Bandar Pusat yang bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan maklumat mengenai alam sekitar kepada murid melalui tampalan poster, artikel, risalah, mempamerkan hasil kerja murid seperti buku skrap bertemakan alam sekitar, mewarna gambar tentang alam sekitar dan sebagainya.

2.8.4  Membina Facebook
Pihak sekolah telah membina facebook yang bertujuan untuk menyebarkan maklumat secara global berkaitan dengan alam sekitar serta aktiviti-aktiviti yang bersangkutan dengan program Sekolah Lestari Alam Sekitar .

2.8.5  Kempen Penjimatan Elektrik.
Amalan penggunaan cahaya semulajadi dan membiarkan tingkap terbuka yang mana dapat menjimatkan tenaga elektrik.Pelajar dinasihatkan memadam suis lampu dan kipas yang tidak digunakan terutamanya di dalam kelas.

2.8.6  Kempen Menanam Pokok di Persekitaran Kelas

Jawatankuasa 4K mengadakan kempen menanam pokok dipersekitaran kelas kepada murid SK Bandar Pusat bagi tujuan menceriakan dan menghijaukan persekitaran yang akan menyumbang kepada keseimbangan ekosistem.Pokok menyerap karbon monoksida  dan membebaskan oksigen ke atmosfera. Secara tidak langsung akan memberi suasana yang segar kepada murid untuk menghadapi sesi pembelajaran.

2.8.7 Penggunaan tong sampah
Semua guru dan murid-murid serta semua kakitangan sekolah hendaklah memastikan persekitaran sekolah sentiasa bersih dengan menggunakan tong sampah dan ia dapat memupuk amalan ini di kalangan  warga sekolah.tong samapah diletakkan di tempat-tempat yang strategik dan sesuai bagi memupuk aspek kebersihan di kalangan warga sekolah.

2.8.8  Kempen Penjimatan Air
Murid-murid dinasihatkan menutup air dengan betul bagi mengelakkan pembaziran air di sekolah. Papan mesej yang berkaitan dengan penjimatan air di pasang untuk tujuan mengingatkan murid tentang penggunaan air secara berhemah.

2.8.9 Kempen menggalakkan murid berjalan kaki atau berbasikal ke sekolah
Murid-murid di SK Bandar Pusat digalakkan menaiki basikal dan berjalan kaki untuk mengurangkan pencemaran udara yang berpunca daripada  asap  kenderaan.Berjalan kaki atau berbasikal pergi dan balik ke sekolah adalah cara amalan gaya hidup sihat di mana ia adalah salah satu senaman yang baik untuk kesihatan.

2.8.10 Pengunaan tong kitar semula.
Dengan adanya tong kitar semula semua warga sekolah dapat mengasingkan bahan-bahan terbuang seperti kertas, tin dan kaca. Sampah-sampah tersebut akan diproses dan dikitar semula untuk dihantar ke Alam Flora.

2.8.11 Sudut Lestari
Setiap kelas diminta menyediakan papan maklumat yang mana maklumat-maklumat tentang alam sekitar  akan dipamerkan di sudut tersebut.

 2.8.12 Bengkel kemahiran hidup
Mengamalkan kebersihan dan amalan kitar semula di bengkel kemahiran hidup. Aktiviti seperti berkebun dapat menyemai sikap cintakan alam sekitar dan tumbuh-tumbuhan.Murid-murid diajar berkebun, cara-cara memproses baja kompas, mengajar murid tentang ekosistem perikanan.memelihara ikan dan sebagainya.Pembelajaran yang melibatkan praktikal dikalangan murid lebih menyeronokkan dan di sini lah peranan guru sangat penting dalam menyemai sikap sayangkan alam sekitar di kalangan pelajar.

2.8.13 Sistem Pembangunan Maklumat
Koleksi buku, hasil kerja /lembaran kerja dan kumpulan sajak-sajak yang bertemakan alam sekitar hasil ciptaan pelajar semasa aktiviti-aktiviti  lestari sekolah dijalankan.Lembaran kerja untuk aktiviti pelajar yang berkaitan dengan alam sekitar telah difailkan.

2.8.14 .Buku/Folio
Buku-buku yang berkaitan dengan dengan alam sekitar akan ditempatkan di ruang khas sebagai rujukan guru dan pelajar.

2.9 PERATURAN SEKOLAH BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR

Jenis kesalahan
Peraturan sekolah
Kelas terkotor
Denda mencuci tandas
Vandalisma harta benda
Amaran.rotan
Pembaziran sumber air dan elektrik
Amaran dan denda kutip sampah

2.10 PENGIKTIRAFAN
Jenis-jenis pengiktirafan
Ganjaran
Masa
Sumbangan
Kelas terbersih mingguan
Plat dan sijil
Perhimpunan mingguan
Sekolah
Kelas terbersih bulanan
Plat dan sijik
Perhimpunan pertama berikutnya
Sekolah
Kelas terbersih tahunan
Plat dan sijil
Hari kecemerlangan pelajar
PIBG
Program bunga tersubur antara kelas
Hamper
Hari kecemerlangan pelajar
PIBG
Persatuan Lestari
Hamper
Hari kecemerlangan pelajar
PIBG

2.11 BAJET SEKOLAH LESTARI
 a. Jumlah bajet

Pihak Jawatankuasa Lestari membuat perancangan belanjawan Lestari pada setiap awal tahun dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM5000.00.
b. Sumber kewangan
Sumber kewangan untuk pengurusan aktiviti lestari adalah  diperoleh daripada sumber berikut:
                                     I.      Jualan sayur-sayuran melalui Projek Bumi Hijau
Hasil jualan digunakan untuk membantu dalam program alam sekitar sekolah serta menampung kos untuk pembelian biji-biji benih dan penambahbaikan barang-barang keperluan pertanian.
                                  II.      Bantuan / derma daripada pihak luar
Sokongan dan bantuan daripada Sumbangan YB Ahli Parlimen Kuala Krau, badan-badan swasta seperti NGO,PIBG ,Majlis Perbandaran Maran, Jabatan Pertanian, Kilang Sawit Jengka 8, orang perseorangan dengan memberi bantuan kewangan dan pelbagai keperluan kepada sekolah seperti baja organik, set fertikit, biji benih dan sebagainya.
                               III.      Sumbangan Kelab Guru dan kakitangan serta kedai buku sekolah.
                               IV.      Sumbangan Pengusaha Kantin Sekolah

2.12 PEMBENTUKAN JARINGAN  BERSAMA PIHAK BERKEPENTINGAN

Untuk meningkatkan penerapan alam sekitar di kalangan murid-murid  pihak sekolah telah mewujudkan pelbagai stesen pembelajaran di luar sekolah seperti berikut:

Stesen pembelajaran
Aktiviti
1.
Lawatan ke Kuala Gandah, Lanchang
(PERHILITAN)
Meneroka flora dan fauna
2.
Lawatan ke Cameron Highland,MARDI
Meninjau ke Taman Botani seperti ladang sayur, ladang teh, ladang strawberry, taman ros, taman kaktus dan sebagainya
3.
Perkhemahan Unit Beruniform
di Jabatan Pertahanan Awam Jengka
(PUSAT LATIHAN PERTAHANAN AWAM
Aktiviti Jungle Tracking
Perkhemahan Jambori Antarabangsa Pengakap

2.13 JARINGAN DENGAN PANEL PENASIHAT LUAR
Bil
Rakan kerjasama
Tujuan/aktiviti
1
Majlis Daerah Maran
Menyumbang tong sampah  kitar semula kepada pihak sekolah. Sampah-sampah akan dikategorikan berdasarkan kategorinya iaitu botol kaca, kertas dan plastic.
2
PIBG Sekolah
Menderma botol terpakai dan surat khabar terpakai untuk Program Kitar semula  di sekolah.
Menyumbang pokok kelapa sawit untuk ditanam di sekitar sekolah sebagaisatu sumber pendapatan kepada sekolah serta sebagai satu langkah mencegah hakisan tanah.
3
Kelab  Rukun Tetangga Rantau Perintis, Matau, Taman Permatang Syahbandar. Taman Jengka Impian
Gotong royong membersihkan kawasan persekitaran sekolah.
4
Agensi Anti Dadah Daerah Maran
Memberi ceramah dan pendedahan tentang kempen Tak Nak Merokok
5
Pejabat Kesihatan Bandar Pusat
Memberi ceramah tentang kempen Kesedaran mencegah wabak denggi
6.
Pejabat Pertanian
Memberi bantuan kewangan, keperluan pertanian dan khidmat nasihat kepada sekolah.
7
ALAM FLORA Jengka


2.14   SISTEM PEMANTAUAN
Instrumen  pemantauan dan penilaian dibuat oleh pihak sekolah bersesuaian dengan Misi Sekolah dan digunakan oleh semua penyelaras bahagian masing-masing.
Instrument Penilaian
Sekolah telah menyediakan instrument khas untuk penilaian:
Bilik darjah
Bilik khas
Kantin
Tandas
Stor
Parit/Kawasan pembiakan aedes
Lot kawasan
Taman tersubur
Kriteria pemantauan
Kebersihan
Kelas yang terdapat sampah dan habuk akan ditolak markah kebersihan.
Kerosakan
Sebarang peralatan seperti meja , kerusi , pintu , suis lampu , kipas, jendela dan lain-lain yang tidak dilapor akan menyebabkan kelas hilang markah kebersihan.
Keceriaan dan kekemasan
Papan notis kelas perlu diisi dengan lengkap dan tiada yang terjatuh. Penggunaan bahan terpakai amatlah digalakkan.
Penilaian sampah
Berdasarkan jumlah sampah yang dikumpul di dalam kelas , markah  akan ditolak melalui  jumlah sampah yang dikumpul di samping markah kekemasan dan kebersihan di dalam kelas.

Pemantauan dan susulan pemantauan

Bil
Pemantau
Jenis pemantauan
Susulan pemantauan
1
Guru kelas, ketua kelas, penyelaras bilik-bilk khas.
Pemantauan kendiri
Mengambil tindakan tambahbaikan.
Melaporkan segala kerosakan
2
Guru bertugas mingguan
Penilaian kebersihan
Buat laporan keputusan pertandingan dalam perhimpunan.
Memberi pengiktirafan
Penambahbaikan keceriaan kelas
(jika perlu)



3
Pasukan Lestari Sekolah
Memantau aktiviti-aktiviti yang dipertanggungjwabkan
Menulis laporan untuk makluman guru penasihat atau pelajar . Mengambil tindakan tambahbaikan jika perlu.
4

AJK Persatuan/ Kelab Unit Beruniform
Memantau kebersihan dan kebersihan di kawasan bertugas seperti tandas,taman herba,kolam ikan dan sebagainya.
Mengambil tindakan membersih dan melaporkan tumbuhan yang tidak sihat kepada guru.
5
Pegawal keselamatan
Memantau sampah di luar kawasan sekolah sekali seminggu .
Memantau pemasangan lampu dan kelas serta melaporkan kerosakan.
Melapor kepada Guru Besar untuk tujuan tindakan selanjutnya.
Melaporkan kerosakan kepada pentadbir untuk pembaikan.

             

3.         KOMPONEN PENGHIJAUAN

3.1       Strategi dan Pelan Pelaksanaan Tindakan
Matlamat Program Penghijauan sekolah SK Bandar Pusat adalah untuk :
Mewujudkan satu pelan rancangan jangka panjang ke arah penghijauan sekolah.
Menyediakan satu pelan tindakan strategi (taktikal) kearah penghijauan sekolah setiap tahun.
Meningkatkan usaha pembudayaan amalan 5R (Rethink, Reuse, Reduce, Repair, Recycle) dalam kalangan warga sekolah.
Meningkatkan kebersihan dan keceriaan bangunan serta kawasan sekolah.
Mewujudkan sistem pemantauan dan penilaian program-program penghijauan setiap tahun dan melaksanakan penambahbaikan.
Menyediakan dokumen pelaporan untuk tujuan rujukan dan penambahbaikan.

3.1.2    Pelan Taktikal
Setiap tahun Jawatankuasa Lestari akan menyediakan Pelan Taktikal sebelum akhir Januari setiap tahun.

a.Sasaran
   i. Melaksanakan sekurang-kurangnya 10 aktiviti yang dapat meningkatkan amalan
      penghijauan dalam kalangan warga sekolah setiap tahun.
   ii.Mewujudkan suasana “Sekolah Dalam Taman”, “Tandas Berbintang”.
   iii.SK Bandar Pusat menjadi sekolah penanda aras dalam perlaksanaan pendidikan alam
       sekitar untuk lain-lain sekolah dan komuniti di luar sekolah selepas tahun 2011.
3.1.4    Pemantauan
Strategi dan program yang dilaksanakan akan dipantau secara berterusan dan tindakan susulan dilakukan selepas penilaian dilakukan hasil maklumat yang diperolehi daripada pemantauan.

3.2       SISTEM PENGURUSAN TAMAN
Pihak pengurusan sekolah telah menggalakkan pengwujudan taman bagi tujuan untuk menghijaukan, menceriakan persekitaran sekolah serta sebagai stesen pembelajaran. Bagi melaksanakan tujuan ini, pihak pengurusan sekolah telah mewujudkan Jawatankuasa keceriaan, Kesihatan dan Keselamatan dan Keharmonian yang bertanggungjawab ke atas pengwujudan taman-taman tersebut.Beberapa program telah dilaksanakan untuk memantapkan sistem pengurusan taman.

3.2.1    Sumber Manusia
Semua guru, pelajar, pekerja am sekolah, dan kakitangan bukan mengajar terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam pengurusan taman sekolah. Pihak sekolah juga meminta nasihat kepakaran dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta NGO untuk pengurusan taman terutamanya dari Lembaga Getah Malaysia, Jabatan Perikanan, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar.
           
3.2.2    Sumber Kewangan
Sumber kewangan diperoleh dari pelbagai sumber seperti hadiah kemenangan sekolah dalam pertandingan yang berkaitan dengan alam sekitar dan lain-lain.

3.2.3 Jadual Pengurusan Bertugas
a. Jadual bertugas pekerja dilekatkan di stor pekerja.
b. Penyiraman tanaman sekitar sekolah  dilakukan 2 kali sehari. Tugas ini dibuat oleh pekerja, kelas
    bertugas, persatuan dan AJK penyiraman bunga kelas.
c. Kerja-kerja membaja tanaman sekolah dilakukan 1-2 kali sebulan oleh pekerja.
d. Kerja memotong rumput dilakukan 2 kali setiap bulan.
e. Pemantauan kesihatan tumbuhan dilakukan sekali sebulan oleh pekerja.
f. Ahli persatuan/ kelab menjayakan program-program penghijauan sekitar sekolah.
g. Mencabut rumput di kawasan tanaman oleh murid sekali seminggu.

3.3       KEPELBAGAIAN REKA BENTUK TAMAN
3.3.1    Pelan Susunatur Taman di Persekitaran Sekolah
Pelan landskap taman di persekitaran sekolah adalah direka dan disusunatur oleh Jawatankuasa kerja Lestari Sekolah dibantu oleh murid-murid di bawah kegiatan ko-kurikulum.
  
3.3.2    Keadaan Landskap Taman Unik, Indah serta Bertema
Nama taman juga disesuaikan dengan tema, kedudukan, jenis tanaman, kegunaan atau sejarah pembentukan taman tersebut. Terdapat 4 taman bertema iaitu Taman Herba, Knowledge Garden, Taman Bumi Hijau dan Edible Garden.
 
3.3.4    Penggunaan Bahan Kitar Semula atau Mesra Alam
Pelbagai cara dilakukan untuk memulihara alam sekitar termasuklah penggunaan bahan kitar semula atau mesra alam seperti:
Tayar sebagai pasu
 Kulit telur sebagai pelindung duri

3.3.5    Pemantauan Projek Penghijauan
Pemantauan projek-projek penghijauan, kebersihan, keceriaan melalui kegiatan ko-kurikulum dan sebagainya akan dipantau oleh Jawatankuasa 4K.

3.4       PROSES IMPLEMENTASI PENGHIJAUAN
Proses implementasi penghijauan dijalankan berdasarkan pelan strategik yang telah dirancangkan.

3.4.1    Penggunaan Kepelbagaian Sumber Biologi untuk Penanaman
Pihak sekolah hanya menggunakan baja organik yang mesra alam untuk penanaman, ia termasuklah tahi ayam, baja organik (tanah bakar), habuk kayu dan sabut kelapa.

3.4.2    Pilihan Kesesuaian Sumber dan Tanaman
Kriteria pemilihan jenis tumbuhan ialah mudah didapati, mudah dijaga, tahan lasak, ada pasaran, cepat membesar dan cepat membiak. Pihaksekolah akan menjanakan keuntungan daripada penjualan anak pokok bunga, hasil sayur-sayuran dan buah-buahan. Keuntungan ini akan digunakan untuk aktiviti kelestarian.

3.4.3    Program Meningkatkan Kecekapan Pengurusan Tanaman
i. Program Satu Murid Satu Bunga
Murid dipertanggungjawabkan menjaga pokok-pokok bunga yang terdapat dikawasan luar koridor kelas. Pelajar-pelajar ini bertanggungjawab menyiram pokok, membersihkan rumput dn memberkan baja kepada pokok. Pasukan Juniorer Lestari akan membuat pemantauan dan juga penilaian setiap kelas sebulan sekali. Mereka kemudian akan membuat laporan kesihatan tumbuhan semasa perhimpunan dan seterusnya menyampaikan keputusan tanaman tersubur.

ii. Melabel Nama-Nama Saintifik Dan Tempatan Bagi Pokok
Semasa aktiviti kokurikulum persatuan melabelkan nama saintifik tumbuh-tumbuhan dalam Taman Botani. Selain itu nama-nama lot persatuan juga dilekatkan dengan bimbingan guru-guru sains. Papan maklumat tanaman dipamerkan di tempat strategik

3.4.4    Stesen Pembelajaran
Pelbagai stesen telah diwjudkan di sekitar sekolah untuk memantapkan penerapan nilai murni alam sekitar dalam kalangan warga sekolah seperti berikut:


3.5 STESEN PEMBELAJARAN

BIL
NAMA STESEN
KEGUNAAN
1
Taman Herba
Mendapat ilmu kegunaan herba dalam perubatan
2
Baja Kompos/organic
Belajar cara-cara membuat baja kompos secara amali
3
Knowledge Garden
Pembelajaran tentang ekosistem
4
Stesen Pelupusan Sampah
Menjaga kebersihan dan penerapan nilai kebersihan
5
Taman Bumi Hijau
Belajar menghayati dan menghargai alam sekitar. Selain sebagai rujukan sewaktu p&p.
6.
Taman Refleksologi
Taman yang terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan dan batu refleksologi yang boleh digunakan oleh warga sekolah sebagai alat untuk penjagaan kesihatan.
6.
Edible Landskap
Untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan ibu bapa cara penanaman secara sayur dan buah-buahan untuk kegunaan sendiri dan untuk komersial.

3.4.5    Penyelenggaraan Kawasan Padang
Kawasan padang SK Bandar Pusat merupakan kawasan hijau yang penting untuk warga sekolah. Rumputnya dipotong dua kali sebulan oleh pekerja sekolah.Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum sekolah diamanahkan untuk memastikan kawasan sentiasa diselenggarakan dengan baik. Pihak sekolah telah membina dan menyelenggarakan  longkang disekeliling padang untuk mengelakkan takungan air di padang sekolah.

3.4.6    Pembersihan Kolam
Pembersihan kolam ikan dijalankan sekali sebulan oleh pelajar dengan bantuan guru untuk memupuk sikap menjaga kebersihan dan menghargai hidupan lain.

3.4.7    Khidmat Nasihat/ Pakar
Pihak sekolah sentiasa mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian, , Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perhutanan bagaimana menguruskan projek-projek penghijauan secara berkesan  serta cara-cara penjagaan dan perawatan yang sesuai.

3.5       PENGURUSAN SUMBER KE ARAH PENINGKATAN KECEKAPAN DAN PENJIMATAN PENGGUNAAN

3.5.1    Pelan Perancangan (Pelan Taktikal)
Jawatankuasa Lestari telah menyediakan pelan perancangan untuk meningkatkan kecekapan dan peningkatan sumber dalam kalangan warga sekolah.

3.5.2    Program Penjimatan Air
BIL
NAMA PROGRAM
OBJEKTIF
KUMPULAN SASARAN
CARA IMPLEMENTASI
1
Tanda ingatan menutup air
Memastikan pili air ditutup selepas digunakan
Semua warga sekolah
Tanda ingatan dipamerkan di setiap sudut pili air
2
Program penyelenggaraan segera
Tiada pembaziran air melalui paip dan pili air yang rosak
Semua warga sekolah
Warga sekolah melapor sebarang kerosakan paip atau pili air ke pejabat sekolah. Pembaikan dikendalikan dalam tempoh sehari
3
Program penyiraman bunga secara berhemah
Mengurangkan pembaziran air semasa menyiram bunga dalam pasu
Semua warga sekolah
Menggunakan botol atau alat penyembur air untuk menyiram bunga

 3.5.3    Program Penjimatan Elektrik
BIL
NAMA PROGRAM
OBJEKTIF
KUMPULAN SASARAN
CARA IMPLEMENTASI
1
Label peringatan menutup suis elektrik
Memastikan suis elektrik ditutup setelah digunakan
Semua warga sekolah
Label peringatan dilekatkan berhampiran dengan suis atau pintu utama bilik-bilik khas.
2
Program earth hour
Menjimatkan penggunaan tenaga elektrik bagi mengurangkan risiko penipisan ozon.
Pengawal keselamatan sekolah
Jadual pemasangan dan penutupan suis lampu elektrik dipatuhi iaitu waktu malam; lampu koridor bawah dinyalakan selepas jam 6.30 petang, manakala lampu koridor tingkat atas dinyalakan selepas jam 10.30 malam. Semua lampu koridor ditutup pada jam 6.00 pagi.
3
Program semakan bil air dan elektrik
Menilai sama ada terdapat pembaziran dalam penggunaan sumber elektrik dan air.
Semua warga sekolah
Semak bil elektrik dan bil air.

 3.5.5    Program Pengurangan Sisa Pepejal
Pihak sekolah menekankan amalan pengurangan penghasilan sisa pepejal. Oleh itu, langkah penjimatan dilakukan dengan sentiasa mengingatkan  warga sekolah melalui pengumuman di perhimpunan dan mesyuarat atau menyampaikan mesej alam sekitar melalui banner dan poster.

BIL
NAMA PROGRAM
KUMPULAN SASARAN
CARA IMPLEMENTASI
1
Program jimat kertas
Guru dan Kakitangan
menggunakan kedua belah keras semasa mencetak soalan, nota dan rekod P&P
menghadkan 1 rim kertas untuk setiap guru dalam 1 penggal persekolahan
menggunakan kertas terpakai sebagai memo, nota dan draf
2
Program reuse
Semua warga sekolah
Menggunakan whiteboard pen yang boleh diisi semula (refill).
Menggunakan bahan terpakai untuk hiasan kelas, tanaman dan sebagainya
3
Program baikpulih perabot
Semua warga sekolah
Perabot dan alatan yang rosak tetapi masih boleh digunapakai akan diperbaiki untuk digunakan semula

 3.5.6    Menggunakan Bahan Kitar Semula Dalam Pembelajaran Pendidikan Seni

3.5.7    Penggunaan Bahan-Bahan Terpakai


Bahan perhiasan dan hasil pembelajaran yang diperbuat daripada bahan terpakai, contohnya alas meja, hiasan pasu yang diperbuat daripada kertas terpakai, hiasan yang diperbuat daripada botol dan tin aluminium, meja lama diperbaiki, baki jubin digunakan semula sebagai notis peringatan berjimat cermat.

3.6       PENGGUNAAN PRODUK DAN TEKNOLOGI HIJAU
3.6.1    Air Kolam
Air kolam ikan digunakan untuk menyiram bunga dan tanaman di sekitar kolam ikan tersebut.

3.6.3    Penggunaan Tayar Terpakai
Tayar terpakai telah digunakan sebagai pasu bunga yang diletakkan di sekitar kawasan sekolah.

4.0 KOMPONEN KOKURIKULUM
      4.1 Aktiviti alam sekitar dan projek penghijauan oleh kelab dan persatuan.
Semua Persatuan /kelab sukan dan permainan wajib melibatkan diri sekurang kurangnya 2 aktiviti /projek penghijauan :
Bil
Aktiviti  Penghijauan
Tarikh
 Penglibatan
1

Larian Hijau
13.01.2012
Murid tahun 4,5,dan 6
2.
Pertandingan Mewarna bertema Melestarikan Warisan Hijau
13.01.2012
Murid pra sekolah, pendidikan khas dan tahap 1
3
Perkhemahan Bersepadu bertema ‘Save The Earth” bertempat di SK Bandar Pusat.
28.10.2011
Semua Unit Beruniform
4.
Jungle Tracking sempena Kem Gabungan
Unit beruniform bertempat di Pusat Latihan  Pertahanan Awam, Jengka.
17.10.2010
Semua Unit Beruniform
5.
Environmental Walk,mengutip sampah
di kawasan sekolah setiap minggu
Mingguan

Semua murid
6.
Program membuat baja kompos
5 Mei 2010
Semua kelab dan persatuan
4
Pameran maklumat alam sekitar
Sepanjang tahun
Semua Kelab dan Persatuan
5
Projek keceriaan Taman Refleksologi
Sepanjang tahun
Kelab Bumi Hijau
6
Projek Bumi Hijau
Sepanjang tahun
Kelab Bumi hijau
7
Projek Taman Herba
Sepanjang tahu
Kelab Bumi Hijau
8
Penjualan hasil Edible Garden
Ikut keperluan
Kelab Bumi Hijau
9.
Projek Keceriaan Taman Pra Sekolah
Sepanjang tahun
Pra Sekolah
10.
Projek Taman Sains
Sepanjang tahun
Persatuan Sains
11.
Penghijauan Padang
Sepanjang tahun
Pekerja Rendah Am
12.
Program Lawatan Ke Kuala Gandah
Kelas Pra Sekolah
24.03.2008

Murid Pra Sekolah
13.
Program Lawatan ke Kuala Gandah
Kelas Pendidikan Khas
26.07.2008
Murid Pendidikan Khas
14.
Program Lawatan ke Cameron Highland
14.10.2011
Murid tahap 2
15.
Program Perhemahan Unit Beruniform Pendidikan Khas bertempat di Kuala Tahan
04-06.11.2009
Murid Pendidikan Khas

SERTAI FACEBOOK SK BANDAR PUSAT DAN CARI LAPORAN BERGAMBAR SEKOLAH LESTARI SK BANDAR PUSAT.













































1 comment: