Wednesday, June 25, 2014

SKUAD PENCINTA ALAM

Skuad ini telah dilancarkan pada 21 Jun 2014, serentak dengan Briged Alam. Skuad ini akan bertanggungjawab sebagai agen pecinta alam yang berbasikal ke sekolah. Mereka merupakan agen SLAAS SKBP yang menghargai alam dari dicemari sisa-sisa karbon daripada ekzos-eksoz kenderaan.



Dalam pada itu, mereka diajar berdikari dan dapat menjimatkan perbelanjaan bahan api fosil iaitu petrolium. Mereka juga akan lebih sihat kerana berkayuh basikal ke sekolah dan pulang ke rumah.

Selain itu, skuad pecinta alam ini juga akan ditugaskan mengedar risalah berkaitan program Alam Sekitar SK Bandar Pusat.    

Pada tarikh berkenaan, semua murid yang berbasikal secara automatik dilantik sebagai Skuad Pecinta Alam dan dibekalkan stiker Skuad Pecinta Alam yang dipasang pada basikal masing-masing.

No comments:

Post a Comment