Ada beberapa perkara menarik yang dinyatakan oleh Cikgu Muhammad Ramzi, antaranya sebagai penghindar kucing membuang najis disesuatu tempat dengan meletakkan cebisan-cebisan kulit limau kerana dikatakan kucing tidak gemar dengan bau kulit limau. Berikut ada beberapa lagi tip tentang kulit limau untuk pengetahuan kita bersama :
Masalah Suhu Tubuh
Mengatasi Kedinginan.
Rebus beberapa kulit
limau dan halia segar di dalam air untuk lebih
kurang 15 hingga 20minit, tambahkan gula merah, dan
minumlah seperti teh.
Mencegah
Frostbite
Bakarlah beberapa kulit limau
dan giling sampai menjadi serbuk, campurkan dengan
minyak sayur dan sapukan ke kawasan yang
bengkak kerana cuaca sejuk tersebut.
Masalah
Mulut
Menghilangkan
bau mulut.
Mengunyah sepotong kecil kulit
limau yang segar dapat menghilangkan bau mulut.
Mengubati sakit geraham.
Letaklah
sepotong kecil kulit limau yang segar ke dalam mulut
selama 10 minit sebelum tidur.
Merawat dan
mengubati gigi yang sensitif.
Bubuhlah
kulit ke dalam gelas dan tambahkan
air mendidih, tutup gelasnya selama 5 hingga 10 minit kemudian minumlah.
Masalah
Saluran Pernafasan
Mengubati batuk.
Masukkan 5 gram kulit
limau kering ke dalam 2 gelas air dan rebus
selama 10 hingga 15 minit kemudian tambahkan sedikit halia
dan gula merah. Minumlah sewaktu masih suam.
Mengubati bronchitis kronik.
Masukkan 5
hingga 15 gram kulit limau ke dalam gelas, tambahkan air
yang mendidih untuk membuat segelas ”teh kulit
limau”. Minumlah sekerap mungkin
Mencegah sesak nafas.
Tambahkan
air panas ke dalam gelas yang berisi kulit
limau segar, tutuplah selama 10 minit dan tambahkan gula
sebelum kamu meminumnya. Cara ini boleh menghentikan
rasa sesak di dada dan radang.
Masalah
Pencernaan
Mengubati sembelit
Rebus 12 gram kulit
limau segar atau 6 gram kulit limau kering
dengan air untuk 10
hingga 15 minit. Minumlah 2 kali sehari
untuk mencegah sembelit.
Mengembalikan
nafsu makan yang kurang.
Yang
satu ini patut dicuba. Ambillah kulit limau yang segar
dan jemurlah sampai kering.Campurkan kulit buah
itu dengan daun teh. Ramuan ”teh kulit limau” ini
mampu mengembalikan selera makan kamu yang hilang.
Masalah
Kecantikan
Kulit limau mampu menyerap minyak
berlebihan dari kulit sehingga mengurangkan wajah
akibat minyak
yang berlebihan. Selain itu, ternyata kulit
limau juga boleh mengangkat sel-sel kulit mati
dan kering dari permukaan wajah sehingga membuat wajah
lebih bersih dan cerah.
Caranya
dengan memnggunakan masker kulit limau yang boleh
dibuat sendiri. Kupas kulit limau, biarkan hingga kering
dan keras. Setelah mengeras, kisar kulit limau hingga hancur
kemudian campurkan dengan
susu secukupnya (nisbah 50:50) hingga menjadi pes.
Bersihkan wajah
dengan air, keringkan, kemudian barulah kenakan masker kulit
limau tersebut ke seluruh wajah dan biarkan
selama 30 minit hingga kering. Bilas wajah
dengan air, namun pastikan tidak menggosok wajah
terlalu keras kerana ini boleh merosakkan kulit.
Mengubati
mastitis.
Mastitis iaitu
rasa bengkak pada payudara saat pengeluaran susu
ibu berlebih. Rasa sakit ini boleh diatasi dengan
merebus 30 gram kulit limau yang segar dan 6 gram
licorice (akar manis) dengan air. Minumlah dua kali sehari.
Mengubati
alergi.
Kulit limau
boleh juga digunakan
untuk menghilangkan gejala alergi setelah memakan ikan
dan ketam. Rebuslah beberapa potong kulit limau segar
dengan air dan minumlah.
Mencegah mabuk
perjalanan.
Satu jam
sebelum naik kereta, ambilah secuil kulit limau
yang segar terus dekatkan kehidung
dan hiruplah aroma limau di kulitnya. Selama
dalam perjalanan, teruslahmenghirup kulit limau itu
untuk mencegah mabuk perjalanan.
Sumber : Ohduniaku Kelebihan Limau Dan Oren Pada Manusia | Ohduniaku http://ohduniaku.com/limau-oren-serta-manfaatnya#ixzz2raS7Q6NR
No comments:
Post a Comment