Wednesday, May 7, 2014

PERTANDINGAN KITAR SEMULA 2014

SK Bandar Pusat tidak mahu ketinggalan menyertai Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan yang bermula 1 April hingga 31 Oktober 2014.


Sehubungan itu, semua murid dan warga SK Bandar Pusat digalakan mengitar semula barangan ke pusat kitar semula yang disediakan di sekolah. Pada hari Rabu setiap minggu sewaktu aktiviti kokurikulum satu program pengumpulan dan timbangan bahan kitar semula akan dilakukan. Oleh itu, semua warga sekolah digalakan membawa sebanyak mungkin barangan kitar semula.

Pada peringkat sekolah, sesiapa yang memiliki timbangan terbanyak akan menerima hadiah galakan dan setiap orang berpeluang menerima hadiah pada setiap bulan. Jumlah timbangan individu akan dibawa ke bulan-bulan berikutnya untuk memperolehi warga sekolah yang menyumbang bahan kitar semula yang terbanyak sepanjang program ini.

Maka, jangan lepaskan peluang untuk melibatkan diri dan menyertai program peringkat kebangsaan ini.

Sumber rujukan : Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam

Sunday, May 4, 2014

LAWATAN KE MARDI CAMERON HIGHLANDS

Warga SK Bandar Pusat bersama JK Induk dan JK Kerja SLAAS yang diketuai oleh Tuan Guru Besar, Tuan Haji Hamzah bin Mat Ali telah mengadakan lawatan ke MARDI Cameron Highlands dan seterusnya mengadakan Perakuan Persefahaman berkenaan dengan Kelestarian Alam Sekitar pada 3 Mei 2014 (Sabtu).

Banyak pengalaman dan pengetahuan ditimba untuk dibawa balik ke SK Bandar Pusat bagi dimanfaatkan oleh SK Bandar Pusat sebagai sebuah sekolah SLAAS.

Kunjungilah laman web rasmi MARDI untuk info.

 





Tuesday, April 22, 2014

HARI BUMI 2014

HARI BUMI 22 APRIL 2014


Tuan Haji Hamzah bin Mat Ali, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat, ada menyentuh tentang Hari Bumi pada hari ini 22 April 2014 ketika menyampaikan ucap rasmi program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT (LET READ TOGETHER FOR 10 MINUTES).

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit yang dilaksanakan di seluruh Negara pada 22 April 2014, atas inisiatif Perpustakaan Awam Negeri-Negeri Se-Malaysia mengisi program galakan membaca yang dijalankan setiap tahun.

Sesungguhnya JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT (LET READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) diilhamkan daripada sambutan HARI BUMI (EARTH DAY) yang disambut hari ini.

Selamat Hari Bumi 2014

Sumber rujukan HARI BUMI (EARTH DAY):
http://en.wikipedia.org/wiki/Earth_Day

Monday, January 27, 2014

KULIT LIMAU

Perhimpunan Pagi Isnin 20 Januari 2014, SLAAS SKBP membentangkan isu kulit limau yang biasanya dibuang selepas diambil isinya, lebih-lebih lagi sekarang ini semakin menghampiri Sambutan Tahun Baru Cina yang menawarkan limau dengan banyak dan murah.

Ada beberapa perkara menarik yang dinyatakan oleh Cikgu Muhammad Ramzi, antaranya sebagai penghindar kucing membuang najis disesuatu tempat dengan meletakkan cebisan-cebisan kulit limau kerana dikatakan kucing tidak gemar dengan bau kulit limau. Berikut ada beberapa lagi tip tentang kulit limau untuk pengetahuan kita bersama :

Masalah Suhu Tubuh

Mengatasi Kedinginan.
Rebus beberapa kulit limau dan halia segar di dalam air untuk lebih kurang 15 hingga 20minit, tambahkan gula merah, dan minumlah seperti teh.

Mencegah Frostbite
Bakarlah beberapa kulit limau dan giling sampai menjadi serbuk, campurkan dengan minyak sayur dan sapukan ke kawasan yang bengkak kerana cuaca sejuk tersebut.

Masalah Mulut

Menghilangkan bau mulut. 
Mengunyah sepotong kecil kulit limau yang segar dapat menghilangkan bau mulut.

Mengubati sakit geraham.
Letaklah sepotong kecil kulit limau yang segar ke dalam mulut selama 10 minit sebelum tidur.

Merawat dan mengubati gigi yang sensitif.
Bubuhlah kulit ke dalam gelas dan tambahkan air mendidih, tutup gelasnya selama 5 hingga 10 minit kemudian minumlah.

Masalah Saluran Pernafasan

Mengubati batuk.
Masukkan 5 gram kulit limau kering ke dalam 2 gelas air dan rebus selama 10 hingga 15 minit kemudian tambahkan sedikit halia dan gula merah. Minumlah sewaktu masih suam.

Mengubati bronchitis kronik.
Masukkan 5 hingga 15 gram kulit limau ke dalam gelas, tambahkan air yang mendidih untuk membuat segelas ”teh kulit limau”. Minumlah sekerap mungkin 

Mencegah sesak nafas.
Tambahkan air panas ke dalam gelas yang berisi kulit limau segar, tutuplah selama 10 minit dan tambahkan gula sebelum kamu meminumnya. Cara ini boleh menghentikan rasa sesak di dada dan radang.

Masalah Pencernaan

Mengubati sembelit
Rebus 12 gram kulit limau segar atau 6 gram kulit limau kering dengan air untuk 10 hingga 15 minit. Minumlah 2 kali sehari untuk mencegah sembelit.

Mengembalikan nafsu makan yang kurang. 
Yang satu ini patut dicuba. Ambillah kulit limau yang segar dan jemurlah sampai kering.Campurkan kulit buah itu dengan daun teh. Ramuan ”teh kulit limau” ini mampu mengembalikan selera makan kamu yang hilang.

Masalah Kecantikan
Kulit limau mampu menyerap minyak berlebihan dari kulit sehingga mengurangkan wajah akibat minyak yang berlebihan. Selain itu, ternyata kulit limau juga boleh mengangkat sel-sel kulit mati dan kering dari permukaan wajah sehingga membuat wajah lebih bersih dan cerah.
Caranya dengan memnggunakan masker kulit limau yang boleh dibuat sendiri. Kupas kulit limau, biarkan hingga kering dan keras. Setelah mengeras, kisar kulit limau hingga hancur kemudian campurkan dengan susu secukupnya (nisbah 50:50) hingga menjadi pes.
Bersihkan wajah dengan air, keringkan, kemudian barulah kenakan masker kulit limau tersebut ke seluruh wajah dan biarkan selama 30 minit hingga kering. Bilas wajah dengan air, namun pastikan tidak menggosok wajah terlalu keras kerana ini boleh merosakkan kulit.

Mengubati mastitis.
Mastitis iaitu rasa bengkak pada payudara saat pengeluaran susu ibu berlebih. Rasa sakit ini boleh diatasi dengan merebus 30 gram kulit limau yang segar dan 6 gram licorice (akar manis) dengan air. Minumlah dua kali sehari.

Mengubati alergi.
Kulit limau boleh juga digunakan untuk menghilangkan gejala alergi setelah memakan ikan dan ketam. Rebuslah beberapa potong kulit limau segar dengan air dan minumlah.

Mencegah mabuk perjalanan.
Satu jam sebelum naik kereta, ambilah secuil kulit limau yang segar terus dekatkan kehidung dan hiruplah aroma limau di kulitnya. Selama dalam perjalanan, teruslahmenghirup kulit limau itu untuk mencegah mabuk perjalanan.

Sumber : Ohduniaku Kelebihan Limau Dan Oren Pada Manusia | Ohduniaku http://ohduniaku.com/limau-oren-serta-manfaatnya#ixzz2raS7Q6NR

Thursday, January 16, 2014

LARIAN ALAM

Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat melaksanakan Program Larian Alam Sekitar pada 17 Januari 2014 yang melibatkan semua murid Tahap 2. Dalam pada masa yang sama murid Tahap 1 akan terlibat dalam aktiviti berkaiatan kelestarian alam sekitar di foyer Tun Abdul Razak SK Bandar Pusat.

Larian tersebut merupakan acara tahunan sekolah ini, yang akan berlangsung pada pukul 8.00 pagi dengan penglibatan pelbagai pihak.

Sesungguhnya, menerusi larian tersebut murid akan dapat menghargai alam, cintakan keindahan dan kebersihan.

Disediakan oleh Unit ICT SLAAS SK Bandar Pusat