Tuesday, February 28, 2012

KONSEP SEKOLAH LESTARI



SEKOLAH LESTARI ALAM SEKITAR



Dapatkanlah maklumat lanjut tentang Sekolah Lestari Alam sekitar

TEKNOLOGI HIJAU


Definisi Teknologi Hijau

Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.

Matlamat


Matlamat Kebangsaan mengenai Dasar Teknologi Hijau adalah untuk menyediakan hala tuju dan motivasi untuk rakyat Malaysia terus menikmati kualiti kehidupan yang baik dan persekitaran yang sihat.

i. Matlamat Jangka Pendek (Rancangan Malaysia ke-10)

·Kesedaran masyarakat yang lebih tinggi melalui program-program sokongan dan komitmen untuk penerimaan dan penerapan Teknologi Hijau;

·Ketersediaan dan pengiktirafan meluas Teknologi Hijau dari segi produk, aplikasi, peralatan dan sistem di pasaran tempatan melalui piawaian, perkadaran, pelabelan;

·Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investments, FDIs) dan Pelaburan Langsung Tempatan (Domestic Direct Investments, DDIs) yang lebih besar dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan Teknologi Hijau; dan

·Institusi-institusi penyelidikan tempatan dan institusi pengajian tinggi mengembangkan penyelidikan, pembangunan dan aktiviti inovasi mengenaiTeknologi Hijau ke arah pengkomersialan menerusi mekanisme yang sesuai.

ii. Matlamat Jangka Sederhana (Rancangan Malaysia ke-11)

·Teknologi Hijau menjadi pilihan utama dalam memilih produk dan perkhidmatan;

·Teknologi Hijau mempunyai pasaran tempatan yang lebih besar berbanding dengan teknologi lain, ddan menyumbang kepada penerimaTeknologi Hijau dalam pasaran serantau;

·Peningkatan pengeluaran produk Teknologi Hijau tempatan;

·Peningkatan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi Teknologi Hijau oleh universiti tempatan dan institusi penyelidikan yang dikomersialkan melalui kerjasama dengan industri tempatan dan syarikat multinasional;

· eningkatan perniagaan SME dan SMI tempatan dalam Teknologi Hijau ke pasaran global; dan

·Peningkatan aplikasi Teknologi Hijau dalam kebanyakan sektor ekonomi.

iii. Matlamat Jangka Panjang (Rancangan Malaysia Ke-12 dan Tempoh Seterusnya)

·Penerapan Teknologi Hijau dalam budaya Malaysia;

·Penggunaan meluas Teknologi Hijau mengurangkan penggunaan sumber secara keseluruhan, di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara;

·Mengurangkan signifikan dalam penggunaan tenaga negara;

·Membaiki kedudukan Malaysia dalam peningkatan persekitaran;

·Malaysia menjadi pengeluar utama Teknologi Hijau dalam pasaran global; dan

·Peningkatan kerjasama peringkat antarabangsa dengan universiti tempatan dan institusi penyelidikan dengan industri Teknologi Hijau.

Objektif Sektor Teknologi Hijau

Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi;

· Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara;

· Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa;

· Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan

· Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau

Kriteria Teknologi Hijau

Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:

Ia meminimumkan degradasi kualiti persekitaran;
Ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar;
Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan;
Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan
Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Kepentingan Teknologi Hijau

Teknologi Hijau diyakini boleh mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar dan sumber asli, meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan, memelihara ekosistem, serta bebanan kos kepada kerajaan di dalam usaha menangani kesan negatif daripada pembangunan dan berperanan sebagai alternatif dalam usaha meningkatkan ekonomi negara tanpa menjejaskan alam sekitar

Objektif Dasar Teknologi Hijau Negara

Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi;

· Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara;

· Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persada antarabangsa;

· Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan

· Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.

Tonggak Dasar Teknologi Hijau Negara

Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga

· Alam Sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar

· Ekonomi - Meningkat pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan

· Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.

Matlamat Kebangsaan Dasar Teknologi Hijau Negara

Matlamat Kebangsaan mengenai Dasar Teknologi Hijau adalah untuk menyediakan hala tuju dan motivasi untuk rakyat Malaysia terus menikmati kualiti kehidupan yang baik dan persekitaran yang sihat.

i. Matlamat Jangka Pendek (Rancangan Malaysia ke-10)

· Kesedaran masyarakat yang lebih tinggi melalui program-program sokongan dan komitmen untuk penerimaan dan penerapan Teknologi Hijau;

· Ketersediaan dan pengiktirafan meluas Teknologi Hijau dari segi produk, aplikasi, peralatan dan sistem di pasaran tempatan melalui piawaian, perkadaran, pelabelan;

· Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investments, FDIs) dan Pelaburan Langsung Tempatan (Domestic Direct Investments, DDIs) yang lebih besar dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan Teknologi Hijau; dan

· Institusi-institusi penyelidikan tempatan dan institusi pengajian tinggi mengembangkan penyelidikan, pembangunan dan aktiviti inovasi mengenai Teknologi Hijau ke arah pengkomersialan menerusi mekanisme yang sesuai.


ii. Matlamat Jangka Sederhana (Rancangan Malaysia ke-11)

· Teknologi Hijau menjadi pilihan utama dalam memilih produk dan perkhidmatan;

· Teknologi Hijau mempunyai pasaran tempatan yang lebih besar berbanding dengan teknologi lain, dan menyumbang kepada penerimaan Teknologi Hijau dalam pasaran serantau;

· Peningkatan pengeluaran produk Teknologi Hijau tempatan;

· Peningkatan penyelidikan dan pembangunan serta inovasi Teknologi Hijau oleh universiti tempatan dan institusi penyelidikan yang dikomersialkan melalui kerjasama dengan industri tempatan dan syarikat multinasional;

· Peningkatan perniagaan SME dan SMI tempatan dalam Teknologi Hijau ke pasaran global; dan

· Peningkatan aplikasi Teknologi Hijau dalam kebanyakan sektor ekonomi.


iii. Matlamat Jangka Panjang (Rancangan Malaysia Ke-12 dan tempoh seterusnya)

· Penerapan Teknologi Hijau dalam budaya Malaysia;

· Penggunaan meluas Teknologi Hijau mengurangkan penggunaan sumber secara keseluruhan, di samping mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara;

· Mengurangkan signifikan dalam penggunaan tenaga negara;

· Membaiki kedudukan Malaysia dalam peningkatan persekitaran;

· Malaysia menjadi pengeluar utama Teknologi Hijau dalam pasaran global; dan

· Peningkatan kerjasama peringkat antarabangsa dengan universiti tempatan dan institusi penyelidikan dengan industri Teknologi Hijau

Sektor Utama Dasar Teknologi Hijau Negara

Kemajuan yang signifikan dan peningkatan utama dalam empat (4) sektor utama yang berikut:

i) Sektor Tenaga

· Sektor Bekalan Tenaga: Aplikasi Teknologi Hijau dalam penjanaan tenaga dan pengurusan bekalan tenaga, termasuk penjanaan bersama (co-generation) di sektor industri dan komersial; dan

· Sektor Penggunaan Tenaga Aplikasi Teknologi Hijau dalam semua sektor penggunaan tenaga dan dalam program pengurusan permintaan tenaga.

ii) Sektor Bangunan

· Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pembinaan, pengurusan, pemuliharaan dan pemusnahan bangunan

iii) Sektor Air dan Pengurusan Sisa

· Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah; dan

iv) Sektor Pengangkutan

· Memasukkan elemen Teknologi Hijau dalam prasarana pengangkutan dan kenderaan, khususnya biobahan api dan pengangkutan jalan awam.

Teras Strategik Dasar Teknologi Hijau Negara

i) Teras Strategik 1: Mengukuhkan Kerangka Institusi

Dalam memupuk penerimaan dan pembangunan Teknologi Hijau, penyusunan institusi yang kukuh adalah kritikal untuk mempromosikan aplikasi Teknologi Hijau melalui:

· Penubuhan Majlis Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri untuk menyelaraskan peringkat tinggi antara Kementerian, agensi, sektor swasta dan pihak berkepentingan utama untuk melaksanakan Teknologi Hijau yang efektif;

· Penubuhan Jawatankuasa Kabinet Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri;

· Penubuhan Agensi Teknologi Hijau Malaysia untuk menyelaraskan dan melaksanakan usaha dan program Teknologi Hijau yang efektif;

· Pengenalan dan penguatkuasaan mekanisme perundangan untuk mempercepat pembangunan Teknologi Hijau, selaras dengan objektif dan matlamatnya; dan

· Peyelarasan fungsi setiap institusi supaya semua agensi mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing.


ii) Teras Strategik 2: Menyediakan Persekitaran Pembangunan Teknologi Hijau yang Kondusif

Pembangunan industri Teknologi Hijau, sama ada dalam sektor pembuatan atau perkhidmatan, adalah kritikal bagi memenuhi objektif Dasar Teknologi Hijau. Industri ini menyediakan Teknologi Hijau bagi pasaran setempat dan global, menyediakan peluang pekerjaan, dan meningkatkan ekonomi Negara. Ini boleh dicapai melalui:

· Pengenalan dan pelaksanaan instrumen ekonomi yang inovatif dengan disokong oleh langkah-langkah kewangan dan fiskal bagi menbantu peningkatan pertumbuhan Teknologi Hijau selaras dengan objektif dan matlamatnya;

· Memperkukuh pemahaman masyarakat tempatan terhadap industri Teknologi Hijau dan rantaian nilai termasuk industri sokongan melalui pelbagai program peningkatan industri;

· Mempromosikan pelaburan langsung asing (FDIs) terhadap Teknologi Hijau yang membantu perkembangan pelaburan langsung tempatan (DDIs) serta penglibatan dan pembangunan industri tempatan;

· Menubuhkan hab Teknologi Hijau yeng straregik di seluruh Malaysia, yang dikembangkan daripada rantaian nilai utama kepada industri utama; dan

· Menubuhkan mekanisme pembiayaan untuk Teknologi Hijau.


iii) Teras Strategik 3: Memperkukuh Pembangunan Modal Insan dalam Teknologi Hijau

Sumber manusia yang mahir, berkelayakan, cekap dan produktif sangat penting untuk pembangunan Teknologi Hijau. Ini boleh dicapai melalui:

· Reka bentuk dan pengukuhan program latihan dan pendidikan bagi meningkatkan kapasiti sumber manusia yang berkaitan dengan Teknologi Hijau;

· Bantuan kewangan dan biasiswa untuk pelajar yang mengikuti jurusan Teknologi Hijau di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan pasca ijazah;

· Program melatih semula dan skim pelapis untuk meningkatkan kemahiran sumber manusia yang separa terlatih bagi memenuhi keperluan industri Teknologi Hijau;

· Penyediaan mekanisme penggredan dan pensijilan bagi pekerja yang cekap dalam bidang Teknologi Hijau; dan

· Pengekploitasian program brain gain bagi mengukuhkan kepakaran tempatan dalam sektor Teknologi Hijau.


iv) Teras Strategik 4: Penggiatan Penyelidikan dan Inovasi Teknologi Hijau

Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi dan Pengkomersialan (RDIC) amat penting dalam penghasilan teknologi baru, teknik dan implikasi yang dapat mengurangkan kos Teknologi Hijau dan mempromosikan penggunaannya. Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (RDI) akan ditingkatkan melalui:

· Dana kewangan atau bantuan untuk sektor awam dan swasta dalam RDIC;

· Keperluan Teknologi Hijau pada masa hadapan;

· Penubuhan badan penyelaras yang efektif untuk RDI dan pusat kecemerlangan atau institut penyelidikan yang baru untuk perkembangan Teknologi Hijau;

· Perkongsian pintar antara kerajaan, industri, dan pusat penyelidikan; dan,

· Penubuhan rangkaian yang kukuh dengan institusi penyelidikan tempatan dan serantau dan pusat kecemerlangan antarabangsa dalam RDI Teknologi Hijau.

v) Teras Strategik 5: Promosi dan Kesedaran Awam

Promosi yang efektif dan kesedaran awam merupakan dua factor utama yang mempengaruhi kejayaan pembangunan Teknologi Hijau. Hal ini penting kerana perkara tersebut memerlukan perubahan pemikiran masyarakat melalui pelbagai pendekatan termasuklah:

· Promosi berterusan yang efektif, pendidikan dan penyebaran maklumat melalui program yang komprehensif untuk meningkatkan kesedaran awam dalam Teknologi Hijau;

Penglibatan media, pertubuhan bukan kerajaan dan pihak berkepentingan yang efektif untuk mempromosikan Teknologi Hijau;

Memupuk budaya menghayati Teknologi Hijau dalam kalangan pelajar pada setiap peringkat melalui pembangunan sistem sukatan pelajaran yang efektif;

Program demonstrasi secara efektif dalam aplikasi Teknologi Hijau; dan

Menerima pakai Teknologi Hijau dalam semua kemudahan kerajaan dan entity yang berhubung dengan kerajaan.

Sumber diperolehi dari http://www.kettha.gov.my/


Thursday, February 23, 2012

TAHUKAH ANDA?

JOM JIMAT TENAGA



Jom Jimat Tenaga... anda bukan sahaja bersama menghijaukan bumi tetapi juga telah mengurangkan belanja pembayaran bil tenaga elektrik bulan... maka jomlah kita jimat tenaga.

Jawatankuasa Pembangunan Maklumat Alam Sekitar, SK Bandar Pusat mencadangkan :

1. Penggunaan kipas di seluruh kawasan sekolah hanya dibenarkan bermula jam 10.00 pagi dengan kelajuan tidak melebihi 3, manakala penggunaan penyaman udara hendaklah tidak kurang daripada 22 darjah C.
2. Lampu seluruh kawasan sekolah hendaklah dipadam setelah jam 7.30 pagi.
3. Padan semua komputer yang tidak digunakan dan setiap murid hanya dihadkan penggunaan tidak melebihi 25 minit tatkala berada di Makmal Bahasa/ICT, Pusat Akses Sekolah mahupun di Pusat Sumber Sekolah.
4. Pihak sekolah sangat menggalakkan murid-murid hadir ke sekolah dengan berjalan kaki atau berbasikal sahaja, oleh itu murid sudah semesti akan bangun awal untuk ke sekolah dan pasti menyihatkan, ini juga akan menjimatkan penggunaan petroleum yang merupakan sumber tenaga yang semakin kritikal.

'Jom, jimat tenaga', bukan bermakna tidak membuat kerja, tetapi berhemah dalam penggunaan tenaga, selain berjimat kita juga dapat menyelamatkan dunia demi masa depan generasi akan datang.

KONSEP 3R

Kurangkan Penggunaan, Gunakan Semula Dan Kitar Semula


Kitar semula merupakan kaedah yang asas untuk meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang kepentingan mengekalkan keindahan alam sekitar. Kebanyakan kawasan dan pusat bandar di Malaysia mempunyai cara yang berbeza dalam menangani isu kitar semula. Kumpulkan jiran-jiran anda dan jadikanlah usaha kitar semula sebagai bukan aktiviti orang dewasa sahaja tetapi kanak-kanak juga. Malahan tanggung jawab kanak-kanak dalam hal ini harus dijadikan fokus utama.


Pusat mengumpul bahan-bahan yang boleh dikitar semula harus diwujudkan. Pusat sebegini harus memberi ganjaran kepada kanak-kanak. Contohnya, kupon diskaun membeli buku boleh diberi kepada mereka yang menyumbangkan bahan untuk dikitar semula. Pusat-pusat ini juga boleh memberi perkhidmatan tambahan yang membuka peluang kepada kanak-kanak untuk mengunjungi pusat-pusat ini. Ini supaya mereka boleh memahami dan melihatkan sendiri proses kitar semula yang membolehkan bahan yang disumbangkan digunakan semula. Dengan itu, mereka akan mengenali dan lebih menghargai sumbangan.


Kempen mengumpul dan kitar semula surat khabar mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar-pelajar sekolah dan pihak sekolah. Kini sudah tiba masanya untuk mengalihkan semangat dan kreativiti kanak-kanak dalam menambahkan usaha dan niat mereka daripada sudut kualiti dan bukannya kuantiti.


Pelajar-pelajar dari sekolah anda boleh membuat penyelidikan tentang proses kitar semula. Kemudian, izinkan mereka untuk mengutarakan dan membincangkan idea-idea berkenaan isu kitar semula. Benarkan mereka mengatur strategi bagi mempromosikan kempen mereka. Sementara itu, pihak sekolah harus menyediakan ganjaran kepada mereka yang berjaya membuahkan idea kitar semula yang paling berkesan. Anda juga boleh menganjurkan pertandingan yang memberi hadiah kepada mereka yang berjaya menghasilkan program yang menpraktiskan kaedah guna semula bahan-bahan secara berkesan. Pertandingan hendaklah meliputi cadangan kaedah pengurangan penggunaan bahan-bahan yang memberi kesan yang musibah kepada alam sekitar.


Sebagai langkah menyedarkan masyarakat, galakan harus diberikan kepada kanak-kanak supaya mereka dapat mencadangkan strategi ekonomi dan politik untuk mengekalkan alam sekitar. Satu ‘persidangan parlimen’ yang dianggotai oleh kanak-kanak boleh diadakan bagi membolehkan pelajar-pelajar membentangkan cadangan mereka. Orang dewasa dari komuniti boleh menjadi pihak pembangkang dan mendengar cadangan yang diutarakan. Persidangan sebegini harus ditonton oleh masyarakat umum supaya mereka juga dapat mempelajari kesilapan mereka dalam fenomena menjejaskan kualiti alam sekitar.


Dipetik daripada buku Idea-Idea Untuk Tindakan Menjadikan Kawasan Bandaraya Mesra Kanak-Kanak Buku Sumber untuk Inisiatif Masyarakat dalam Bandaraya-bandaraya di Malaysia diterbitkan untuk Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia (MKKM) dan Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (MKPW),dan sumber web : http://www.ehomemakers.net

KERATAN AKHBAR



Kliklah gambar untuk baca akhbar-akhbar di atas.

GUNALAH TONG KITAR SEMULA

50 PERKARA ANDA BOLEH RECYCLE


KETAHUILAH TENTANG RECYCLE
LAYARI LAMAN SESAWANG BERIKUT:



LAMAN-LAMAN HERBA


Berikut adalah 5 laman sesawang yang sesuai dikunjung berkaitan dengan herba di negara kita.

http://teknologipertanian.com

http://myherba.com

http://melor.com

http://herbamalaysia.com
http://fadzisyam.com


Disediakan oleh
JK Pembangunan Maklumat Alam Sekitar SK Bandar Pusat 2012