Sunday, July 8, 2012

PENJAGAAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama
oleh : SMAHADZIR
Sumber : http://syedmahadzirsyedibrahim.blogspot.com/2011/02/penjagaan-alam-sekitar-tanggungjawab_26.html

Masalah alam sekitar seperti pencemaran, penebangan hutan, pengurangan sumber bumi dan sebagainya telah lama mengakibatkan hilangnya keseimbangan kepada alam. Permasalahan ini sering menjadi perbincangan hangat setiap lapisan masyarakat dunia. Sesungguhnya krisis ini telah menjadi begitu parah sehingga setiap kerajaan di dunia berusaha mengambil tindakan bagi menanganinya.

Manusia telah diberikan akal fikiran oleh Allah SWT di mana ini meletakkan taraf manusia melebihi makhluk yang lain. Dengan akal fikiran itulah manusia membuat pertimbangan sebelum melakukan sesuatu tindakan. Selepas pertimbangan dibuat, barulah unsur nafsu digerakkan ke arah mencapai keinginan itu. Bagaimanapun, ada kalanya wujud ketidakharmonian antara unsur akal dan nafsu dalam jiwa manusia. Akibatnya, tindak-tanduk itu memberi kesan negatif kepada kesejahteraan hidup manusia sejagat. Maka, timbullah krisis seperti masalah pencemaran alam sekitar.

Alam sekitar juga anugerah Allah bagi memudahkan manusia hidup sebagai khalifah-Nya. Pada alam sekitar yang terbentang luas, tersedia sumber asli seperti hutan rimba menghijau yang mengimbangi ekosistem, lautan dalam yang menakung limpahan karbon untuk menyejukkan suhu bumi, sekali gus menjadi tempat membiaknya pelbagai hidupan akuatik. Di samping mengetahui manfaat alam sekitar, kewujudan dan konsep manusia perlu difahami setepatnya untuk kita lebih memahami konsep agama terhadap alam sekitar.

Hal ini penting kerana manusia adalah makhluk yang menjadi khalifah, mempunyai kedudukan khusus dan mulia dalam struktur alam ini. Hakikatnya, manusia antara komponen alam yang juga tergolong sebagai makhluk Allah. Manusia mempunyai peranan dan keistimewaan tersendiri berbanding komponen alam lain. Status manusia tinggi di sisi Allah jika diterasi dengan keimanan, melebihi kemuliaan malaikat. Manusia juga boleh menjadi lebih hina daripada haiwan jika jiwa dan fikirannya kosong iman.

Firman Allah SWT bermaksud: ‘Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) seperti Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.’ (surah al-Qasas, ayat 77)

Tidak salah untuk melaksanakan proses pembangunan. Bagaimanapun, ia perlu dilakukan dalam bentuk terkawal agar agenda pembangunan yang dijalankan lebih banyak memberi manfaat bukannya keburukan kepada manusia dan alam sekitarnya. Etika berkaitan penjagaan alam sekitar ada digariskan dalam Islam. Contohnya, ketika peperangan, Nabi Muhammad SAW melarang umatnya memotong pokok atau membakar tanaman kecuali keadaan benar-benar memaksa supaya berbuat demikian. Malangnya, kemusnahan alam sekitar di beberapa kawasan di negara kita, adalah akibat kerakusan nafsu manusia.

Jika merosakkan alam sekitar, tentu sistem ekologi juga akan terjejas. Ia bukan saja akan menyebabkan kehilangan spesies alam dan fauna yang amat berharga, malah haiwan liar serta unggas turut diancam kepupusan. Di samping kesan ke atas ekologi, pembangunan yang tidak terkawal boleh memberi kesan terhadap topografi sesuatu tempat. Ramai antara kita tidak sedar bahawa kegiatan pembersihan hutan dan meratakan bukit, mengancam aliran sungai dan jalan raya, malah struktur bangunan di sesebuah kawasan. Bukit-bukau yang menjadi pasak kepada bumi seperti yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah an-Naba’, ayat 7 tidak lagi berperanan untuk menstabilkan persekitarannya akibat proses meratakan kawasan.

Punca utama masalah ini adalah sifat rakus manusia yang mementingkan keuntungan wang ringgit. Mereka mengambil kesempatan atas platform yang didakwa sebagai pembangunan. Hal ini seperti firman Allah SWT bermaksud: ‘Telah nampak kerosakan di darat dan laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).’ (surah ar-Rum, ayat 41)

Dalam Islam, aspek akhlak meliputi semua perkara. Kita bukan saja disuruh berakhlak kepada Allah atau manusia, malah menjaga akhlak kepada haiwan, alam sekitar dan sebagainya. Contohnya, setiap haiwan itu ada hak yang perlu kita tunaikan, lebih-lebih lagi haiwan peliharaan. Begitu juga dengan alam sekitar. Kita tidak boleh rakus dalam usaha pembangunan, yang akhirnya bukan saja memusnahkan ekologi yang menjadi habitat kepada mahkluk lain, malah memudaratkan manusia.

Sebenarnya, segala hal yang berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar dan pelestariannya sangat berkait rapat dengan ilmu-ilmu Islam yang dasar. Ilmu-ilmu Islam dasar tersebut ialah kefahaman dan pendidikan alam sekitar serta kaitannya dengan ilmu usuluddin, etika, fikh, usul fikh (maqasid syariah) dan ilmu Al-Quran dan sunah. Ilmu usuluddin (ilmu tauhid) mempunyai hubungan yang erat dengan hal-hal yang berkaitan pemuliharaan alam sekitar serta semua elemen yang berada dalamnya, sama ada makhluk yang hidup atau mati, berakal atau sebaliknya.

Untuk membangunkan peradaban di muka bumi, ia telah dinyatakan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran, bermaksud: ‘Dia menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan pemakmurnya.’ (surah Hud: 61). Pengertian yang dapat difahami sebagai pemakmurnya di sini ialah manusia sebagai makhluk yang membangunkan bumi menerusi usaha-usaha seperti aktiviti pertanian, perindustrian, memperbaiki taraf hidup serta menghindarkan diri dan bumi daripada perkara-perkara yang boleh merosakkannya. Ilmu etika atau akhlak (tasawuf) adalah satu bidang ilmu yang sangat berkait rapat dengan alam sekitar.

Melakukan kebaikan terhadap alam sekitar yang menjadi elemen utama alam ini adalah sebahagian daripada tuntutan untuk menjadi hamba yang bertakwa dan diredhai Allah. Terdapat pelbagai perintah Allah supaya manusia memberi perhatian dan berbuat baik kepada alam sekitar berserta dengan seluruh unsur yang dikandungnya iaitu berbuat baik kepada sesama manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, air, udara dan tanah. Berbeza dengan barat yang menganggap bahawa antara punca menyebabkan berlakunya kemerosotan dan kerosakan alam sekitar ialah bertambahnya jumlah penduduk dunia dan permintaan terhadap sumber alam semakin meningkat, maka Al-Quran menyatakan bahawa nikmat Allah itu tidak dapat dihitung, sumber-sumber alam itu adalah sangat banyak dan subur.

Sebagai manusia yang berakal, kita perlu memahami bahawa segala usaha untuk memelihara atau membaik-pulih alam sekitar adalah sama halnya dengan usaha menjaga agama. Ini adalah kerana segala kemungkaran dan dosa mencemari dan memusnahkan alam sekitar sebenarnya mengganggu intipati hidup beragama kerana secara tidak langsung menodai kewujudan manusia di muka bumi ini. Perbuatan merosakkan alam sekitar adalah sama seperti menafikan sikap adil dan ehsan, sedangkan kedua-dua sikap ini merupakan perintah Allah yang perlu dilaksanakan.

Kita harus sedar dan insaf bahawa kepentingan alam sekitar menjangkaui keperluan estetika dan kebersihan fizikal semata-mata. Hakikatnya, keseimbangan alam sekitar memberi kesan ketara kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup ke arah kemajuan negara. Tanpa hutan, maka tadahan hujan untuk bekalan air akan kurang dan tanpa udara yang bebas bahan cemar, kesihatan awam terganggu.

Jika kembali kepada ajaran pelbagai agama dan falsafah hidup, kita menemui asas kukuh peranan alam sekitar sebagai antara unsur terpenting dari segi ketuhanan dan kosmologi. Dalam apa juga agama, alam sekitar ditanggapi secara kudus dan tertib.

Perbuatan mencemar dan merosakkan alam sekitar juga menodai fungsi kekhalifahan yang telah dibebankan kepada manusia. Ini kerana bumi bukan milik manusia untuk dia berbuat sesuka hati tetapi bumi ini adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada manusia yang kemudiannya dituntut untuk menjalankan segala perintah Allah di atasnya.

Kita harus insaf kerana kini pelbagai kerosakan telah melanda darat, pencemaran udara dan lautan. Ia adalah hasil daripada sikap dan tindak-tanduk kita sendiri yang cuai, pentingkan diri sendiri, rakus, tidak bertanggungjawab serta tidak bertimbangrasa terhadap alam sekitar. Kecuaian seperti ini amat bertentangan dengan kehendak apa juga agama, lebih-lebih lagi agama Islam. Islam sebagai cara hidup, menerangkan hakikat bahawa tiada pengasingan antara manusia, alam sekitar dan Allah.

Perkara ini telah diterangkan Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud: ‘Kepunyaan Allah SWT jualah apa-apa yang di langit dan di bumi, dan pengetahuan Allah maha meliputi segala sesuatu.’ (surah an-Nisa, ayat 126)

Rasulullah SAW juga bersabda, yang bermaksud: ‘Dunia ini hijau dan cantik, dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.’ (Hadis riwayat Muslim)

Ayat-ayat di atas jelas menunjukkan konsep yang harus dimiliki oleh umat manusia terhadap alam sekitar. Antaranya adalah peranan manusia sebagai khalifah atau wakil Allah di bumi. Ia adalah prinsip asas ajaran Islam. Manusia tidak sebebasnya memiliki semua khazanah di muka ini. Alam sekitar sekadar amanah Allah SWT kepada manusia dan kita berkewajiban mengurusnya dengan baik. Melakukan kerosakan dan kebinasaan kepada alam ini adalah tanda pengkhianatan terhadap amanah tersebut.

Alam sekitar turut berperanan sebagai kesatuan benda yang membuktikan kekuasaan Yang Maha Pencipta dan pembangkit kesedaran terhadap rasa dan jiwa ketuhanan. Dalam pengertiannya yang lebih utilitarian, alam sekitar juga petunjuk bagi memudahkan manusia menempuh ranjau kehidupan. Bintang, bulan dan matahari, misalnya, menjadi penunjuk arah dan waktu untuk mengingatkan manusia fitrah kewujudannya di dunia ini.

Alam sekitar juga buku ilmu pengetahuan yang sangat bermanfaat. Menerusi pengetahuan dan kajian mengenai alam sekitar, kita mengetahui dan memanfaatkan ilmu zoologi, botani, mikrobiologi, bioteknologi, fizik, kimia, geologi, geografi, kosmologi dan hidrologi. Dengan menekuni dan mendalami bidang ilmu berkaitan alam sekitar, jiwa dan fikiran manusia lebih dekat dan mesra kepada Yang Maha Pencipta. Inilah objektif dan gagasan sains dari perspektif Islam seperti yang dikemukakan ramai sarjana Islam.

Ingatlah, Allah SWT mencipta alam ini dengan segala keindahan dan kenikmatannya demi kebaikan dan faedah kepada manusia itu sendiri. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk sentiasa memelihara kelestarian alam sekitar, supaya ia dapat dimanfaatkan secara berterusan. Bahkan dalam ungkapan orang tua-tua Melayu turut dikatakan: ‘Kalau hidup hendak selamat, peliharalah laut beserta selat, peliharalah tanah berhutan lebat, di situ terkandung rezeki dan rahmat, di situ terkandung tamsil ibarat, di situ terkandung aneka nikmat, di situ terkandung beragam manfaat, di situ terkandung petua adat.’

Sebab itu juga dikatakan, ‘adat hidup memegang adat’: ‘beramu tidak merosak kayu, berotan tidak merosak hutan, bergetah tidak merosak rimba, berumah tidak merosak tanah, berkebun tidak merosak dusun, berkampung tidak merosak gunung, berladang tidak merosak padang.

Kesimpulannya, menjaga alam sekitar ini bukanlah menjadi tugas individu atau kerajaan semata tetapi menjadi tanggungjawab kita semua secara bersama. Semua makhluk yang bernama manusia, tidak kira apa bangsa dan agama harus bertanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar agar dapat merealisasikan dunia ini menjadi sebuah taman kehidupan yang indah, aman, sejahtera, harmoni dan terhindar dari sebarang bencana yang boleh menghancurkan spesies kehidupan bernyawa di atasnya.

Sumber : http://syedmahadzirsyedibrahim.blogspot.com/2011/02/penjagaan-alam-sekitar-tanggungjawab_26.html

Saturday, July 7, 2012

AMALKAN GUNA SEMULA DI RUMAH


Amalkanlah 3R (pengurang, guna semula dan kitar semula), mampu mengelakkan pembaziran sumber di dunia. Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber terbatas”. Sesungguhnya jumlah minyak adalah terhad tetapi kita terus membuat dan menggunakan plastik. Melalui pengamalan 3R kita mampu berjimat sumber terbatas masa hadapan di samping mengurangkan jumlah pembaziran dengan tip-tip yang berikutnya: 

Reduce – Pengurangan
  1. Hanya beli apa yang diperlukan:
    Kurangkan pembelian tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.
  2. Beli produk yang boleh diguna semula:
    Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.
  3. Beli pencuci serba guna:
    Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.
  4. Beli barangan yang kurang bungkusan:
    Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.
  5. Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan:
    Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan.
  6. Beli produk tidak bertoksik:
    Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.
  7. Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik:
    Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.
Reuse – Guna Semula
  1. Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah.
  2. Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.
  3. Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.
  4. Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi.
  5. Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.
  6. Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.
  7. Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.
Recycle – Kitar Semula
  • Kitar semula di rumah:
    • Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
      • Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertas, plastik, loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik, bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.
      • Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.
    • Mengitar semula di laman anda:
      • Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur.
      • Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.
    • Mengitar semula di sesebuah komuniti:
      • Pusat kitar semula: memberi ruang dan kemudahan kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan bagi pengitaran semula.
      • Sekolah dan perniagaan: boleh memainkan peranan yang penting. Kedua-duanya boleh menjadi tempat rujukan dan memberikan kesedaran tentang kitar semula.
      • Projek-projek komuniti: jalankan aktiviti-aktiviti untuk memperbaiki dan meningkatkan aktiviti- aktiviti mengitar semula.

Thursday, May 24, 2012

Koleksi Foto berkaitan SLAAS SKBP








GPK Pn Rusliza menerima sumbangan bunga






Projek Kantin Tanpa Plastik setiap hari Jumaat






























Bina Frame Gambar Guna Bahan Terbuang

SELAMAT DATANG

Warga Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat mengalu-alukan kedatangan pasukan penilai Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar ke sekolah kami.

Yang kurik kundi,
Yang merah saga;
Yang baik budi,
Yang indah bahasa.

Terima kasih.

STRATEGI 4M



STRATEGI 4M
PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN
 PROGRAM DAN AKTIVITI
LESTARI ALAM SEKITAR

MENGURANGKAN                                                                                                            
Penggunaan air                                                                                                                    
Penggunaan elektrik                                                                                                                        Penggunaan plastik dan polesterin 
Penggunaan kertas                                                                                                             

MENAMBAH
Pengetahuan

Persekitaran hijau
Kesedaran dan kefahaman
Kerosakan fizikal dan alatan
Prasarana pembelajaran dan alam sekitar

MEWUJUDKAN                                                                                          

Taman-taman bermaklumat
Suasana persekitaran kondusif
Persekitaran bersih dan hijau
Persekitaran yang selamat dan sihat
Persekitaran yang ceria

MENGHAPUSKAN

Sampah dan sisa pepejal 
Tempat kotor dan tersumbat
Tempat pembiakan aedes
Lipas dan lalat




PELAN TINDAKAN SEKOLAH LESTARI


STRATEGI PELAKSANAAN DAN PELAN TINDAKAN 4M SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR
KOMPONEN PENGURUSAN TAHUN 2011-2012
SK BANDAR PUSAT
PENUNJUK BOLEH UKUR
STRATEGI 4M
PELAN TINDAKAN
TARIKH/
MASA
PELAKSANAAN
PENGURUSAN
Misi Sekolah Lestari



Mewujudkan misi sekolah
lestari




Organisasi Sekolah
Lestari Alam Sekitar
Peringkat Sekolah
Menetapkan misi sekolah lestari alam sekitar selari dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara :


Oktober 2011
JK Lestari Alam Sekitar

Organisasi Sekolah Lestari
Menubuhkan JK Sekolah Lestari Alam Sekitar.
·         Mesyurat JK Lestari Alam Sekitar kali pertama

·         Mesyuarat JK Lestari Alam Sekitar kali ke dua .

·         Mesyuarat JK Lestari
Alam Sekitar kali ke
tiga (bersama staff)

·         Mesyuarat JK Lestari
Alam Sekitar kali ke empat




12.01.2012







08.05.2012



08.05.2012


             JK Lestari Alam Sekitar


PENUNJUK BOLEH UKUR
STRATEGI 4M
PELAN TINDAKAN
TARIKH
PELAKSANAAN
PERANCANGAN PROGRAM DAN AKTIVITI
Penganjuran program kefahaman dan kesedaran
MENAMBAH ;

Pengetahuan dan kefahaman serta kesedaran murid  tentang alam sekitar

Melalui;
Kegiatan Ko-Kurikulum

Sukan dan Olahraga
Unit Beruniform
Kelab dan Persatuan
Lawatan





Mengikut perancangan
tahunan unit ko-kurikulum






JK Lestari Alam Sekitar;
GPK Ko-Kurikulum
SU Ko-Kurikulum
Penyelaras Sukan dan Permainan
Penyelaras Unit Beruniform
Penyelaras Kelab dan Persatuan
Guru Lawatan
Program Penghijauan

Taman-taman
·         Sistem pengurusan taman
·         Rekabentuk taman
Proses Implementasikan Penghijauan
·         Program-program penghijauan.
Pengurusan Sumber :
·         Air
·         Tenaga elektrik
·         Bahan pakai habis- kertas dan dakwat pencetak.
·         Sisa pejabat, bengkel,
makmal dan kantin sekolah.



Mengikut perancangan unit Penghijauan



       JK Lestari Alam Sekitar ;
GPK HEM
SU HEM
JK 4K
Semua guru kelas
Guru bertugas mingguan


PENUNJUK BOLEH UKUR
STRATEGI 4M
PELAN TINDAKAN
TARIKH
PELAKSANAAN

MENAMBAH;

Pemantapan sikap Membudayakan Amalan Memelihara Alam Sekitar















Melalui :

Kempen-kempen kesedaran.

Ceramah alam sekitar.

Pertandingan kebersihan:

Bilik darjah
Kantin
Bilik –bilik khas
Padang
Tandas
Kebun

Mewujudkan Rakan Alam Sekitar








Mingguan



Kegiatan Kurikulum

Proses P&P

Program-program panitia ;





Mengikut perancangan
Unit kurikulum




JK Lestari Alam Sekitar;
GPK Kurikulum
SU Kurikulum
Ketua Panitia
Guru matapelajaran

PENUNJUK BOLEH UKUR
STRATEGI 4M
PELAN TINDAKAN
TARIKH/TEMPOH
MASA
PELAKSANAAN

MENAMBAH;

Kemahiran murid terhadap pemprosesan
dan penggunaan produk
Teknologi Hijau


Penggunaan produk Teknologi Hijau
Penggunaan baja organik dan memproses baja kompos


Mengikut keperluan


JK Teknologi Hijau
EnAhmad Tasfi bin Hassan
Menyebarkan mesej alam sekitar dalam perhimpunan dan papan kenyataan
MENAMBAH;

Pengetahuan, kefahaman dan kesedaran dengan menyebarkan mesej alam sekitar dalam perhimpunan dan papan kenyataan
Papan mesej
Papan mesej alam sekitar di kawasan sekolah.

Perhimpunan
Mesej alam sekitar di perhimpunan mingguan.

Sudut Alam Sekitar:
Kawasan sekolah
Kelas
Kantin
PSS

Banner

Januari-
April 2012


Mingguan


Sepanjang
tahun

JK Lestari Alam Sekitar
JK Projek Khas



Guru bertugas mingguan


JK Pembangunan Maklumat
Mengadakan dan mengimpelentasikan peraturan berkait dengan alam sekitar
MENGURANGKAN:

Sampah
Penggunaan plastik dan polisteren
Penggunaan kertas/refill toner
Penggunaan air dan elektrik
Peraturan kebersihan dan keselamatan:
·         Tandas
·         Kantin
·         Bilik darjah
·         Taman-taman
·         Kebun
·         Persekitaran sekolah
·         Bilik-bilik khas



Sepanjang tahun


JK 4K
Semua AJK

PENUNJUK BOLEH UKUR
STRATEGI 4M
PELAN TINDAKAN
TARIKH/MASA
PELAKSANAAN

MENGHAPUSKAN;

Sampah/Sisa pepejal


Tempat pembiakan aedes.

Lalat dan lipas




Mewajibkan pelaksanaan kerja secara rutin dan berkala;

Kerja pembersihan sekitar sekolah oleh pekerja;

Persekitaran sekolah
pembersihan longkang dan saliran.

Memeriksa tempat takungan air bagi mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.

Memeriksa dan mengambil tindakan mengetatkan peraturan kebersihan di tempat yang mempunyai lalat atau lipas.




Mengikut jadual


Mengikut jadual



Mingguan



Mingguan



Pekerja am


Pekerja am



JK 4K



JK 4K
Pengiktirafan

Memberi pengiktirafan kepada individu atau kumpulan yang menyumbang atau terlibat secara aktif dalam melaksanakan program pendidikan alam sekitar
MEWUJUDKAN:

Pertandingan-pertandingan
Melalui program-program yang bertemakan alam sekitar.
Melalui:

Kegiatan Ko-Kurikulum
·         Malam Apresiasi
·         Program-program ko kurikulum



Mengikut jadual perancangan tahunan unit ko-kurikulum


GPK KO-KURIKULUM
SU KO-KURIKULUM
JK Unit Beruniform
JK Kelab dan Persatuan
JK Sukan dan Olahraga
PENUNJUK BOLEH UKUR
STRATEGI 4M
PELAN TINDAKAN
TARIKH
PELAKSANAAN


Kegiatan Penghijauan
·         Program-program
Penghijauan.
·         Program-program 4K

Kegiatan Kurikulum
·         Program-program
panitia
Mengikut jadual perancangan tahunan unit penghijauan.



Mengikut jadual perancangan tahunan unit  kurikulum
GPK HEM
SU HEM
JK 4K



GPK KURIKULUM
SU KURIKULUM
Semua panitia
PENUNJUK BOLEH UKUR
STRATEGI 4M
PELAN TINDAKAN
TARIKH
PELAKSANAAN
PRASARANA PEMBELAJARAN
Ruang prasarana di dalam dan
di luar bilik darjah
MENAMBAH;

Ruang prasarana pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah.
Dalam bilik darjah:

Papan maklumat Pendidikan Alam Sekitar.

Sudut pameran hasil kerja murid.

Luar bilik darjah :
Mempamerkan papan mesej pendidikan alam sekitar di sekitar kawasan sekolah.

Stesen Pembelajaran:
Taman Nilam
Taman Pinggiran Desa
Taman Akuatik
 Edible Garden Corner



Sepanjang tahun


Sepanjang tahun



Sepanjang tahun


JK Lestari Alam Sekitar
Guru Kelas


JK Projek Khas



Semua panitia

PENUNJUK BOLEH UKUR
STRATEGI 4M
PELAN TINDAKAN
TARIKH
PELAKSANAAN


Taman Prasekolah
Taman Refleksologi
Taman Segar PPDa
English Garden
Tanaman Fertikit
Stesen Baja Kompos
Stesen Kitar Semula
Kebun Bumi Hijau
Taman Herba



Sistem Pembangunan
Maklumat Alam Sekitar
MEWUJUDKAN:
Sistem pembangunan maklumat alam sekitar kepada warga sekolah.


Blog Lestari Alam Sekitar
Skbp-sekolah-lestari-blogspot.com

Papan mesej

Taman-taman bermaklumat

Sudut lestari alam sekitar:

Kantin
Lorong
Kelas
PSS

Banner





Sepanjang tahun















Mengikut keperluan program

JK Pembangunan Maklumat



PELAN TINDAKAN
TARIKH/TEMPOH
MASA
PELAKSANAAN
BAJET SEKOLAH LESTARI
Sumber dan penjanaan
kewangan
MEWUJUDKAN:

Pegurusan sumber dan penjanaan kewangan secara  berhemah



















Peruntukan
Menerima peruntukan Sekolah Lestari daripada YB
Ahli Parlimen Kuala Krau

PIBG
Wang PIBG bagi Program
Gotong Royong bersama ibubapa.

PCG/Wang Ko-Kurukulum
Program-program berunsurkan alam sekitar yang dianjurkan oleh Panitia dan kegiatan ko-kurikulum.

Hasil Jualan Kebun Bumi Hijau
Wang hasil jualan digunakan sebagai menampung aktiviti-aktiviti melestarikan alam sekitar.

Sumbangan
Individu
UiTM
Jabatan Pertanian


Disember




Febuari 2012




Mengikut keperluan panitia



Mengikut keperluan







2011-2012


Bendahari




JK 4K




JK Panitia




JK Kemahiran Hidup (PK)







JK Lestari Alam Sekitar
JK Projek Khas


PENUNJUK BOLEH UKUR
STRATEGI 4M
PELAN TINDAKAN
TARIKH/TEMPOH
MASA
PELAKSANAAN


MDM
Nursery Jengka
Kedai tayar Jengka

Denda
Kutipan denda daripada peraturan yang dikenakan.




Sepanjang tahun



Penyediaan Belanjawan
Rekod belanjawan Sekolah Lestari


Setiap unit yang menganjurkan program berunsurkan alam sekitar perlu menyediakan laporan belanjawan masing-masing di dalam kertas laporan program.


Mengikut keperluan program
Bendahari





Laporan kewangan





Penyediaan laporan kewangan
Bendahari merekod setiap belanjawan berkaitan lestari
di dalam rekod kewangan.

Mengikut keperluan

Bendahari

Bendahari menyediakan laporan kewangan dan membentangkan di dalam  Mesyuarat JK Lestari Alam Sekitar.

Mesyuarat JK Lestari Alam Sekitar
;
Bendahari
PEMBENTUKAN JARINGAN DENGAN PIHAK BERKEPENTINGAN

Mewujudkan hubungan dan kerjasama dengan pihak berkepentingan diluar sekolah untuk melaksanakan pendidikan alam sekitar
MEWUJUDKAN:

Hubungan jaringan dan jalinan dengan pelbagai pihak


Melaksanakan Program Pendidikan Alam Sekitar dengan membentuk:












JK  Jaringan dan Jaliinan




PENUNJUK BOLEH UKUR
STRATEGI 4M
PELAN TINDAKAN
TARIKH/TEMPOH
MASA
PELAKSANAAN


Jaringan dengan:

Jabatan Pertahanan Awam
Jabatan Pertanin
Jabatan Perikanan
Majlis Daerah Maran
Jabatan Alam Sekitar
UiTM Cawangan Jengka
Jabatan PERHILITAN
Agensi Anti Dadah Maran

Jalinan dengan :
Sekolah-sekolah SBT/Lestari


Mengikut keperluan program









Mac 2011
Oktober 2012


Penyelaras Unit Beruniform
JK Bumi Hijau
JK Taman Akuatik
JK Projek Khas
JK Projek Khas
JK Projek Khas
JK Lawatan
JK PPDa

JK Lawatan Penanda Aras
Merancang Aktiviti Penyebaran
Maklumat dan Pendedahan Maklumat Serta Nilai-Nilai Alam Sekitar Kepada Penduduk
Setempat
MENAMBAH:
Aktiviti penyebaran maklumat dan nilai-nilai alam sekitar
Kepada penduduk setempat
Mengedarkan risalah alam sekitar
melalui murid kepada keluarga/ibubapa.

Akitiviti  gotong royong dengan
Penduduk setempat.

Program ‘Satu Murid Satu Pokok Bunga’

Projek Tanaman Sawit bersama PIBG.
Menyebarkan maklumat melalui
Blog Sekolah Lestari
Skbp-sekolah-lestari-blogspot.com
Bulanan



Mac 2012


Febuari 2012


Sepanjang tahun


Sepanjang tahun
JK Pembangunan Maklumat


PIBG

JK 4K


PIBG


JK Pembanguna Maklumat