JK SLAAS SK Bandar Pusat menerima berita gembira setelah sekian lama menanti. Sesuatu yang amat mengembirakan setalah bertungkus lumus memngembling keringat, idea dan masa maka SK Bandar Pusat telah menerima ucapan tahniah yang menyatakan bahawa JOHAN SLAAS 2012 telah disandang oleh SK Bandar Pusat.
Sesungguhnya berita gembira ini telah menguatkan lagi semangat warga SK Bandar Pusat untuk merealisasikan SLAAS sebagai satu aspek pembangunan sahsiah dan kecemerlangan kurikulum. Pelajar dan persekitaran telah memperlihatkan kesinambungan dan hubung kait selain usaha gigih para guru, ibu bapa dan pelajar sendiri sehingga memperolehi 26 orang calon UPSR 2012 mendapat 5A.
TAHNIAH kepada warga SK Bandar Pusat di atas kejayaan ini.
SK BANDAR PUSAT SEKOLAH PENANDAARASAAN SEKOLAH LESTARI ALAM SEKITAR 2014 NEGERI PAHANG
Monday, February 25, 2013
Monday, November 26, 2012
PERSEMBAHAN ALAM
Koleksi Video GPM PSS SKBP
Tajuk Lagu : Menghilir Di Sungai Pahang
Sempena Lawatan Penilai Kebangsaan
Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar
2012
Wednesday, November 7, 2012
PANEL PENILAI SLAAS 2012
Pada 6 November 2012,
Panel Penilai Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar 2012
telah ke SK Bandar Pusat.
Tuesday, November 6, 2012
SELAMAT DATANG
DENGAN BANGGA DAN SUKACITANYA,
SELURUH WARGA SK BANDAR PUSAT
MENGALU-ALU DAN MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG
KEPADA PANEL PENILAI
SEKOLAH LESTARI ANUGERAH ALAM SEKITAR
PERINGKAT KEBANGSAAN YANG KINI BERADA
DI SK BANDAR PUSAT
PADA : 6 NOVEMBER 2012
PADA : 6 NOVEMBER 2012
Sunday, October 14, 2012
PERKHEMAH BERSEPADU LESTARI ALAM SEKITAR
Bermula 12 Oktober 2012 pada jam 3 petang, seramai 217 murid terlibat dalam Perkhemahan Bersepadu Lestari Alam Sekitar sehingga 14 Oktober 2012.
Berbagai aktiviti dirancang bagi mengisi program dalam menepati sasaran matlamat perkhemahan ini diadakan. Dalam pada itu, perkhemahan ini menumpukan kepada unsur-unsur kelestarian alam dan kesemua aktiviti yang dirancang menjurus kepada mematuhi unsur berkenaan.
Tahniah SK Bandar Pusat.

Friday, October 5, 2012
TAMAN ANGKAT
SK Bandar Pusat di bawah Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) telah melaksanakan program Taman Angkat yang disertai oleh 4 buah unit beruniform utama sekolah ini.
Pasukan Pengakap Persekutuan Pengakap Kanak-Kanak SK Bandar Pusat telah mengambil Taman Akuatik sebagai taman angkat mereka. Pasukan Puteri Islam Malaysia telah dipertanggungjawabkan mengurus Taman Cahaya, manakala Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah telah menambil Taman Pembestarian. Seterusnya Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah menerima Taman Nilam sebagai taman angkat mereka.
Dengan penyerahan taman-taman ini, diharapkan setiap ahli unit-unit beruniform berkenaan akan lebih bertanggungjawab memastikan taman angkat masing-masing sentiasa dalam keadaan ceria, bersih, menarik dan bertambah keseriannya.

Thursday, September 27, 2012
SUKANEKA KELESTARIAN ALAM SEKITAR 2012
SK Bandar Pusat telah berjaya melaksanakan satu program yang menyedarkan warga sekolah akan kepentingan penjagaan alam sekitar. Program Sukaneka Kelestarian Alam Sekitar 2012, telah berlangsung dengan meriah dan mencapai objektif yang dirancang pada 27 September 2012.
Sungguh menarik apabila memperkatakan acara yang dipertandingkan, apatah lagi yang terlibat merupakan murid-murid sekolah rendah, bermula dengan murid prasekolah, pendidikan khas dan murid Tahun 1 hingga 6.

Semua murid terlibat dengan acara yang dipertandingkan.
Acara Prasekolah : Selamatkan Telur Penyu
Acara Prasekolah : Udara Jangan Tercemar
Logo pada kemeja-T warga kerja SLAAS SKBP
Acara Tahap 1 : Cepat Kutip
Acara Tahap 1 : Selamatkan Kura-Kura
Antara penyokong rumah-rumah sukan yang memeriahkan program
Antara hadiah yang disediakan untuk pemenang setiap kategori dipertandingkan.
Acara Tahap 2 : Jangan Bakar Tayar
Meriah dan mencapai sasaran objektif program
Antara peserta yang menanti penyampaian hadiah.
Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Perbincangan warga kerja SLAAS SKBP 2012
Tahniah
Dilaporkan oleh GPM SKBP
Subscribe to:
Posts (Atom)