Bermula 12 Oktober 2012 pada jam 3 petang, seramai 217 murid terlibat dalam Perkhemahan Bersepadu Lestari Alam Sekitar sehingga 14 Oktober 2012.
Berbagai aktiviti dirancang bagi mengisi program dalam menepati sasaran matlamat perkhemahan ini diadakan. Dalam pada itu, perkhemahan ini menumpukan kepada unsur-unsur kelestarian alam dan kesemua aktiviti yang dirancang menjurus kepada mematuhi unsur berkenaan.
Tahniah SK Bandar Pusat.
SK BANDAR PUSAT SEKOLAH PENANDAARASAAN SEKOLAH LESTARI ALAM SEKITAR 2014 NEGERI PAHANG
Sunday, October 14, 2012
Friday, October 5, 2012
TAMAN ANGKAT
SK Bandar Pusat di bawah Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) telah melaksanakan program Taman Angkat yang disertai oleh 4 buah unit beruniform utama sekolah ini.
Pasukan Pengakap Persekutuan Pengakap Kanak-Kanak SK Bandar Pusat telah mengambil Taman Akuatik sebagai taman angkat mereka. Pasukan Puteri Islam Malaysia telah dipertanggungjawabkan mengurus Taman Cahaya, manakala Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah telah menambil Taman Pembestarian. Seterusnya Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah menerima Taman Nilam sebagai taman angkat mereka.
Dengan penyerahan taman-taman ini, diharapkan setiap ahli unit-unit beruniform berkenaan akan lebih bertanggungjawab memastikan taman angkat masing-masing sentiasa dalam keadaan ceria, bersih, menarik dan bertambah keseriannya.
Pasukan Pengakap Persekutuan Pengakap Kanak-Kanak SK Bandar Pusat telah mengambil Taman Akuatik sebagai taman angkat mereka. Pasukan Puteri Islam Malaysia telah dipertanggungjawabkan mengurus Taman Cahaya, manakala Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah telah menambil Taman Pembestarian. Seterusnya Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia telah menerima Taman Nilam sebagai taman angkat mereka.
Dengan penyerahan taman-taman ini, diharapkan setiap ahli unit-unit beruniform berkenaan akan lebih bertanggungjawab memastikan taman angkat masing-masing sentiasa dalam keadaan ceria, bersih, menarik dan bertambah keseriannya.
Thursday, September 27, 2012
SUKANEKA KELESTARIAN ALAM SEKITAR 2012
SK Bandar Pusat telah berjaya melaksanakan satu program yang menyedarkan warga sekolah akan kepentingan penjagaan alam sekitar. Program Sukaneka Kelestarian Alam Sekitar 2012, telah berlangsung dengan meriah dan mencapai objektif yang dirancang pada 27 September 2012.
Sungguh menarik apabila memperkatakan acara yang dipertandingkan, apatah lagi yang terlibat merupakan murid-murid sekolah rendah, bermula dengan murid prasekolah, pendidikan khas dan murid Tahun 1 hingga 6.
Sungguh menarik apabila memperkatakan acara yang dipertandingkan, apatah lagi yang terlibat merupakan murid-murid sekolah rendah, bermula dengan murid prasekolah, pendidikan khas dan murid Tahun 1 hingga 6.
Semua murid terlibat dengan acara yang dipertandingkan.
Acara Prasekolah : Selamatkan Telur Penyu
Acara Prasekolah : Udara Jangan Tercemar
Logo pada kemeja-T warga kerja SLAAS SKBP
Acara Tahap 1 : Cepat Kutip
Acara Tahap 1 : Selamatkan Kura-Kura
Antara penyokong rumah-rumah sukan yang memeriahkan program
Antara hadiah yang disediakan untuk pemenang setiap kategori dipertandingkan.
Acara Tahap 2 : Jangan Bakar Tayar
Meriah dan mencapai sasaran objektif program
Antara peserta yang menanti penyampaian hadiah.
Tuan Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Perbincangan warga kerja SLAAS SKBP 2012
Tahniah
Dilaporkan oleh GPM SKBP
Friday, September 21, 2012
PROJEK PSV GUNA BAHAN TERBUANG
Pada minggu ini, semua guru PSV (Pendidikan Seni Visual) digalakkan oleh JK SLAAS SKBP menggunakan bahan terbuang sebagai satu program meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid tentang kelestarian alam sekitar.
Kelas 3UM di bawah pengendalian Cikgu Zahid sebagai guru PSV telah menghasilkan bekas pensel menggunakan tin alumunium terbuang. Murid yang berjaya menghasilkan bahan tersebut sungguh gembira dan memahami bahawa kita tidak semestinya dengan mudah membuang sesuatu yang kadang-kala memiliki nilai tersendiri sekiranya diguna semula, dikitar semula atau diubah suai untuk dijadikan bahan baru.
Tahniah SK Bandar Pusat dalam merealisasikan SLAAS.
Kelas 3UM di bawah pengendalian Cikgu Zahid sebagai guru PSV telah menghasilkan bekas pensel menggunakan tin alumunium terbuang. Murid yang berjaya menghasilkan bahan tersebut sungguh gembira dan memahami bahawa kita tidak semestinya dengan mudah membuang sesuatu yang kadang-kala memiliki nilai tersendiri sekiranya diguna semula, dikitar semula atau diubah suai untuk dijadikan bahan baru.
Tahniah SK Bandar Pusat dalam merealisasikan SLAAS.
Tuesday, September 18, 2012
JIMAT ELEKTRIK
Sebagai seorang pengguna, tidak kira pengguna domestik ataupun komersial, perlu menjimat penggunaan tenaga elektrik. Ini kerana bukan sahaja bil elektrik meningkat tetapi wujudnya pembaziran penggunaan elektrik yang berlebihan. Penggunaan tenaga elektrik secara berhemat dapat mengurangkan bil elektrik kerana mulai 1 Jun 2011 kerajaan mengumumkan tarif baru bagi penggunaan gas dan elektrik.
Bagi golongan yang suka membazirkan tenaga elektrik di rumah mahupun di tempat kerja anda, mungkin kenaikan tarif ini akan merasa bebanan.
Bagi golongan yang suka membazirkan tenaga elektrik di rumah mahupun di tempat kerja anda, mungkin kenaikan tarif ini akan merasa bebanan.
Manakala pengguna domestik yang menggunakan tenaga elektrik melebihi 301 kWj ke atas mungkin akan merasai bahang kenaikan tarif elektrik dalam bil elektrik mereka.
Pengguna komersial pula seperti perdagangan dan perindustrian pula dikenakan tarif elektrik yang lebih tinggi daripada pengguna domestik kerana sektor ini menggunakan tenaga yang lebih banyak.
Pengguna komersial pula seperti perdagangan dan perindustrian pula dikenakan tarif elektrik yang lebih tinggi daripada pengguna domestik kerana sektor ini menggunakan tenaga yang lebih banyak.
Oleh yang demikian, seorang pengguna yang bijaksana, anda haruslah menjimat tenaga elektrik dengan mengamalkan langkah-langkah berikut:
Menutup suis lampu, kipas dan peralatan elektrik lain yang tidak digunakan.
Mengeluarkan palam daripada soket utama, kerana jika ia masih melekat pada soket utama, tenaga elektrik tetap mengalir.
Menggunakan peralatan elektrik yang cekap tenaga kerana menggunakan tenaga yang sedikit.
Jangan meletakkan komputer atau apa-apa peralatan elektrik dalam keadaan ‘Mod Sedia Ada’ ataupun “Standby Mode”.
Jangan terlalu kerap buka pintu peti sejuk.
Mageswaran Senderal
ERA Consumer
2 JUN 2012
SUMBER :
http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/pendidikan/695-jimat-elektrik-kurang-bil-elektrik
PANDUAN PENJIMATAN AIR
1. Baiki paip yang bocor. Jika dibiarkan kita akan membazir sehingga 90 liter air sehari.
2. Tutup paip air sewaktu memberus gigi atau bercukur. Kita boleh menjimatkan hampir
3. Sebelum membeli peralatan air, kita perlu memeriksa kadar penggunaan air peralatan tersebut.
4. Gunakan pancuran air daripada mencedok air dari takungan. Kita boleh menjimatkan dua pertiga daripada jumlah air yang digunakan.
5. Kumpul air hujan untuk menyiram bunga. 1000 liter air sejam akan digunakan sekiranya kita memakai air pancutan untuk tujuan yang sama.
6. Gunakan air di dalam baldi untuk membersihkan kenderaan.
7. Gunakan penyiram ketika menyiram pokok bunga.
8. Gunakan air di dalam gelas ketika memberus gigi dan berkumur.
9. Gunakan tadahan air hujan untuk kegunaan harian.
10. Pastikan pakaian penuh ketika menggunakan mesin basuh.
11. Gunakan bekas ketika membersihkan sayur-sayuran
Sumber: Berita Harian
SUMBER BERITA HARIAN ONLINE 18 SEPTEMBER 2012
Penyertaan aktif masyarakat mampu melestarikan alam sekitar
18/09/2012 - 07:33:44 AM Oleh Dr Zaini Ujang
SESI bersama masyarakat adalah amalan dimulakan Datuk Seri Najib Razak sejak minggu pertama beliau menjadi Perdana Menteri untuk meninjau suasana sebenar kehidupan rakyat. Menerusi sesi itu masalah rakyat dapat diselesaikan segera.
Pada peringkat organisasi, ketua jabatan juga diminta melakukan sesi lawatan lebih kerap secara tidak berjadual dan tanpa protokol.Ada kalanya lawatan dibuat secara mengejut dan tidak dijangka. Selain meninjau perkembangan sesebuah organisasi, lawatan juga dapat mengeratkan hubungan dengan pekerja peringkat akar umbi dan penerima perkhidmatan.
Pada peringkat organisasi, ketua jabatan juga diminta melakukan sesi lawatan lebih kerap secara tidak berjadual dan tanpa protokol.
Dalam konteks pengurusan alam sekitar, peranan masyarakat sangat kritikal. Pada asasnya masyarakat mesra alam terbabit secara langsung sebagai individu, kelompok atau institusi melaksanakan inisiatif memulihara alam sekitar. Setidak-tidaknya, tidak mencemar atau membuang sampah merata tempat!
Masyarakat
Kajian saya menunjukkan 20 peratus isu ditimbulkan media
Jika difahami, hal ini menunjukkan hasrat masyarakat berperanan aktif dalam menangani masalah alam sekitar dan jika hal ini difahami dan diterjemahkan dalam konteks proaktif, kita sebenarnya mempunyai ‘polis’ alam sekitar di kalangan rakyat Malaysia yang membantu agensi awam menguruskan alam sekitar secara lestari.
Dasar penyertaan masyarakat semakin mendapat perhatian di serata dunia dalam konteks mematangkan lagi sistem demokrasi. Mengikut model Arnstein, penyertaan masyarakat terbahagi lapan tahap. Tahap pertama ialah manipulasi di mana masyarakat disuapkan dengan maklumat yang ditapis dan terencana untuk mendapatkan persetujuan menerusi undi atau pendapat umum.
Tahap kedua ialah pendidikan alam sekitar berkaitan sebab musabab dan kesan risiko menerusi media dan pendidikan formal. Tahap ketiga ialah penjelasan sebenar secara saintifik, biarpun kadangkala ada kesan sampingan. Kesan penerangan ini sedikit sebanyak negatif dari segi pelancongan atau persepsi umum tetapi menandakan dasar proaktif dan telus. Selain itu, meningkatkan lagi keyakinan rakyat terhadap kesungguhan pihak berkuasa.
Tahap keempat ialah perundingan dengan masyarakat mengenai sesuatu isu berkaitan alam sekitar seperti sudah dilaksanakan di
Tahap keenam ialah perkongsian bijak dalam pembangunan, sesuai situasi, keunikan dan kepelbagaian faktor seperti eko-tourism dan pertanian organik. Tahap ketujuh ialah penurunan kuasa (empowerment) kepada industri, pertubuhan masyarakat dan individu berperanan sebaiknya dalam pembangunan mesra alam, misalnya dalam konteks teknologi hijau dan penjimatan tenaga.
Tahap kelapan ialah autonomi dengan memberi ruang sepenuhnya kepada siapa saja untuk berperanan asalnya terangkum dalam kerangka dasar alam sekitar.
Menerusi sesi lawatan akar umbi, tahap penyertaan masyarakat dapat dikenal pasti dan ditingkatkan. Rakyat berpeluang menunjukkan komitmen mereka, sekali gus menyatakan dasar serta tindakan perlu dilakukan pihak berkuasa.
Sesi itu dapat melihat sendiri kelemahan penyampaian perkhidmatan. Kelemahan itu bukan disebabkan dasar atau peruntukan kewangan tetapi komitmen masih rendah di kalangan pelaksana dasar atau pertindihan kuasa antara pelbagai agensi sehingga menyebabkan masalah kecil memudaratkan alam sekitar , misalnya kualiti air dalam longkang.
Penulis ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Subscribe to:
Posts (Atom)













