Tuesday, September 18, 2012

PANDUAN PENJIMATAN AIR


1.   Baiki paip yang bocor. Jika dibiarkan kita akan membazir sehingga 90 liter air sehari.

2.   Tutup paip air sewaktu memberus gigi atau bercukur. Kita boleh menjimatkan hampir lima liter air seminit.

3.   Sebelum membeli peralatan air, kita perlu memeriksa kadar penggunaan air peralatan tersebut.

4.   Gunakan pancuran air daripada mencedok air dari takungan. Kita boleh menjimatkan dua pertiga daripada jumlah air yang digunakan.

5.   Kumpul air hujan untuk menyiram bunga. 1000 liter air sejam akan digunakan sekiranya kita memakai air pancutan untuk tujuan yang sama.

6.   Gunakan air di dalam baldi untuk membersihkan kenderaan.

7.   Gunakan penyiram ketika menyiram pokok bunga.

8.   Gunakan air di dalam gelas ketika memberus gigi dan berkumur.

9.   Gunakan tadahan air hujan untuk kegunaan harian.

10. Pastikan pakaian penuh ketika menggunakan mesin basuh.

11. Gunakan bekas ketika membersihkan sayur-sayuran

Sumber: Berita Harian

SUMBER BERITA HARIAN ONLINE 18 SEPTEMBER 2012


Penyertaan aktif masyarakat mampu melestarikan alam sekitar
18/09/2012 - 07:33:44 AM Oleh Dr Zaini Ujang

SESI bersama masyarakat adalah amalan dimulakan Datuk Seri Najib Razak sejak minggu pertama beliau menjadi Perdana Menteri untuk meninjau suasana sebenar kehidupan rakyat. Menerusi sesi itu masalah rakyat dapat diselesaikan segera.

Pada peringkat organisasi, ketua jabatan juga diminta melakukan sesi lawatan lebih kerap secara tidak berjadual dan tanpa protokol. Ada kalanya lawatan dibuat secara mengejut dan tidak dijangka. Selain meninjau perkembangan sesebuah organisasi, lawatan juga dapat mengeratkan hubungan dengan pekerja peringkat akar umbi dan penerima perkhidmatan.
Dalam konteks pengurusan alam sekitar, peranan masyarakat sangat kritikal. Pada asasnya masyarakat mesra alam terbabit secara langsung sebagai individu, kelompok atau institusi melaksanakan inisiatif memulihara alam sekitar. Setidak-tidaknya, tidak mencemar atau membuang sampah merata tempat! 

Masyarakat Malaysia secara amnya, semakin prihatin terhadap alam sekitar.
Kajian saya menunjukkan 20 peratus isu ditimbulkan media massa khusus dalam ruangan surat berkaitan alam sekitar. Masyarakat menyatakan masalah alam sekitar yang mereka hadapi, memberi cadangan mengatasinya, malah ada juga menuding jari menyalahkan sesuatu pihak.

Jika difahami, hal ini menunjukkan hasrat masyarakat berperanan aktif dalam menangani masalah alam sekitar dan jika hal ini difahami dan diterjemahkan dalam konteks proaktif, kita sebenarnya mempunyai ‘polis’ alam sekitar di kalangan rakyat Malaysia yang membantu agensi awam menguruskan alam sekitar secara lestari.

Dasar penyertaan masyarakat semakin mendapat perhatian di serata dunia dalam konteks mematangkan lagi sistem demokrasi. Mengikut model Arnstein, penyertaan masyarakat terbahagi lapan tahap. Tahap pertama ialah manipulasi di mana masyarakat disuapkan dengan maklumat yang ditapis dan terencana untuk mendapatkan persetujuan menerusi undi atau pendapat umum.
Tahap kedua ialah pendidikan alam sekitar berkaitan sebab musabab dan kesan risiko menerusi media dan pendidikan formal. Tahap ketiga ialah penjelasan sebenar secara saintifik, biarpun kadangkala ada kesan sampingan. Kesan penerangan ini sedikit sebanyak negatif dari segi pelancongan atau persepsi umum tetapi menandakan dasar proaktif dan telus. Selain itu, meningkatkan lagi keyakinan rakyat terhadap kesungguhan pihak berkuasa.

Tahap keempat ialah perundingan dengan masyarakat mengenai sesuatu isu berkaitan alam sekitar seperti sudah dilaksanakan di Malaysia dalam konteks Kajian Terperinci Kesan Alam Sekitar (DEIA). Tahap kelima ialah penyertaan langsung masyarakat dalam sesuatu inisiatif seperti penanaman pokok, guna semula barang terpakai dan penurunan tahap pelepasan karbon dalam industri.

Tahap keenam ialah perkongsian bijak dalam pembangunan, sesuai situasi, keunikan dan kepelbagaian faktor seperti eko-tourism dan pertanian organik. Tahap ketujuh ialah penurunan kuasa (empowerment) kepada industri, pertubuhan masyarakat dan individu berperanan sebaiknya dalam pembangunan mesra alam, misalnya dalam konteks teknologi hijau dan penjimatan tenaga.

Tahap kelapan ialah autonomi dengan memberi ruang sepenuhnya kepada siapa saja untuk berperanan asalnya terangkum dalam kerangka dasar alam sekitar.

Menerusi sesi lawatan akar umbi, tahap penyertaan masyarakat dapat dikenal pasti dan ditingkatkan. Rakyat berpeluang menunjukkan komitmen mereka, sekali gus menyatakan dasar serta tindakan perlu dilakukan pihak berkuasa.

Sesi itu dapat melihat sendiri kelemahan penyampaian perkhidmatan. Kelemahan itu bukan disebabkan dasar atau peruntukan kewangan tetapi komitmen masih rendah di kalangan pelaksana dasar atau pertindihan kuasa antara pelbagai agensi sehingga menyebabkan masalah kecil memudaratkan alam sekitar , misalnya kualiti air dalam longkang.

Penulis ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Wednesday, September 12, 2012

INFO TEKNOLOGI HIJAU 2

PENJIMATAN ELEKTRIK

Penggunaan elektrik dapat dijimjatkan dengan menggunakan peralatan elektrik dengan mempraktikkan antara cara-cara berikut :

1.  Penggunaan lampu mentol (filemen) dikurangkan atau tidak digunakan langsung, gantikan dengan mentol jimat tenaga atau gunakan lampu kalimantang

2.  Selalu servis peralatan elektrik terutama pendingin hawa dan peti sejuk, peralatan yang baru atau telah diservis lebih kurang menggunakan tenaga elektrik

bersambung ..

Thursday, September 6, 2012

INFO TEKNOLOGI HIJAU HARI INI

PENGURANGAN PENGGUNAAN PLASTIK
untuk pembungkusan

KAEDAH 1 :
Semasa pergi ke pusat membeli belah, pasar, atau kedai runcit, pastikan anda membawa bakul/raga sendiri dan meminta barang terus dimasukkan ke dalam bakul tanpa beg pastik.

Kelebihan :
Anda tidak dicaj 20sen setiap beg plastik semasa kempen Tanpa Beg Plastik pada setiap hari Sabtu.

Kekangan :
Barangan berunsur plastik masih diperlukan untuk memasukan barangan dapur seperti bawang, ikan, tepung, dan sebagainya memang dibungkus dengan plastik untuk memudahkan penetapan harga.

KAEDAH 2 :
Kembali menggunakan karung kertas. Telah banyak penggunaan karung kertas kembali digunakan terutama di negara-negara maju.

Kelebihan :
Lebih mesra alam, boleh dikitar semula.

Kelemahan :
Pembuatan kertas memerlukan penebangan pokok baru.

Monday, September 3, 2012

TEKNOLOGI HIJAU DALAM PERTANIAN

Dapatkan maklumat lengkap berkaitan Teknologi Hijau dalam Pertanian menerusi link berikut : http://teknologihijau.com/2011/07/teknologi-hijau-dalam-pertanian/

Hendaknya ruangan tersebut dapat membantu melestarikan kita.

Sunday, September 2, 2012

TAHNIAH

SK BANDAR PUSAT telah terpilih menyertai penilaian Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar 2012 Peringkat Kebangsaan. Seluruh warga sekolah mengucapkan tahniah kepada semua jentera yang telah bertungkus lumus menjayakan projek-projek yang dirancang sama ada secara langsung ataupun tidak, kecil apatah lagi besar, wang ringgit, tenaga, masa mahupun idea.

Semoga penyertaan ini akan membuahkan kecemerlangan dan menaikkan nama SK Bandar Pusat sebagai sebuah sekolah yang sentiasa bersedia mencapai visi dan misi.

SEL SOLAR

Anda berminat untuk mempelajari dengan panel sel solar. Sel solar juga dikenali sebagai sel suria yang merupakan antara teknologi hijau yang ingin diketengahkan dalam artikel ini. Untuk maklumat lanjut sila klik link berikut http://www.rekacipta.net/2011/03/panduan-praktikal-sel-solar.html

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbang set sel solar kepada program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar SK Bandar Pusat boleh berhubung terus dengan pihak sekolah. Kami mengalu-alukan sumbangan anda.