Sunday, October 18, 2015

MONTAJ KARNIVAL GO GREEN


KARNIVAL GO GREEN 2015

15 OKTOBER 2015 - Go Green Team SK Bandar Pusat telah mempamerkan keunggulan SK Bandar Pusat sebagai salah satu Sekolah Kluster Kecemerlangan KPM.



Keratan akhbar berkaitan dengan program berkenaan. Tahniah kepada seluruh warga SK Bandar Pusat yang telah menjayakan program yang gilang-gemilang .

Thursday, October 1, 2015

SELAMAT DATANG KE KARNIVAL GO GREEN


Pada 15 Oktober 2015 ini, SK Bandar Pusat yang merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan bakal dikunjungi peserta Karnival Go Green 2015 Peringkat Kebangsaan. Sejumlah 20 buah Sekolah Kluster Kecemerlang dari beberapa buah negeri akan menyertai Pertandingan Pidato dan Deklamasi Puisi yang bertemakan 'Alam Sekitar' akan mempertaruhkan kebolehan dan bakat masing-masing.

SK Bandar Pusat turut bekerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang dan Jabatan Alam Sekitar Pahang telah merancang untuk menggunakan beberapa kemudahan di UiTM bagi menjayakan program ini.

SLAAS SK Bandar Pusat mengucapkan selamat datang kepada semua kontigen.

Sunday, September 6, 2015

PERTANDINGAN GUNA SEMULA BAHAN TERBUANG

2 September 2015 - Penilaian terakhir Program Pertandingan Guna Semula Bahan Terbuang yang melibatkan semua Unit Beruniform SK Bandar Pusat. Pertandingan tersebut mendapat kerjasama yang jitu daripada semua pemimpin dan ahli pasukan menerusi agihan taman-taman yang diceriakan dengan penggunaan bahan terbuang.

Pertandingan ini merupakan antara aktiviti Kebitaraan Kokurikulum SKK SK Bandar Pusat yang menawarkan RM400 untuk tempat pertama, RM300 untuk tempat kedua, RM200 untuk tempat ketiga dan RM100 untuk saguhati.









Sila ikuti foto lain di galeri

Sunday, April 19, 2015

22 APRIL : HARI BUMI

Pada September 1969, dalam sebuah persidangan di Seattle, Washington, Senator A.S. Gaylord Nelson mengumumkan bahawa musim bunga 1970 akan diadakan demonstrasi dari akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar. Senator Nelson pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara. Katanya, "Ia satu pertaruhan, tetapi ia berjaya." Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium. Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental Protection Agency/US EPA.


Lima bulan sebelum Hari Bumi 22 April yang pertama, pada Ahad, 30 November 1969, The New York Times mengeluarkan rencana yang panjang oleh Gladwin Hill yang melaporkan peningkatan aktiviti mempertahankan alam sekitar. Perjuangan Gaylord Nelson bermula sekitar lebih dari 7 tahun sebelum Hari Bumi pertama diraikan.

Setiap tahun, Hari Bumi 22 April menandakan ulang tahun kelahiran bagi gerakan alam sekitar moden pada 1970. Pada tahun 1990, peringatan Hari Bumi mulai berkembang secara global. Sekitar 200 juta orang dari 141 negara di dunia tergerak untuk mengangkat isu Bumi dalam skala global.
Hari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan.

Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April.

SUMBER : WIKIPEDIA

Friday, April 3, 2015

GO GREEN WITH SASET BERA 2015


Sebagai Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar, Pasukan Pengakap SK Bandar Pusat tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai program berkenaan yang berlangsung pada 5 April 2015 di Sungai Air Kuning, Tapak Ramsar Tasik Bera, Pahang.



* Klik banner program di atas untuk ikuti link program.

SILA KLIK LINK SKBP UNTUK LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI

SILA KLIK GALERI UNTUK FOTO AKTIVITI